Sate merupakan makanan tradisional yang cukup sinonim sebagai makanan ‘wajib dihidang’ ketika majlis keramaian, sama ada rasmi ataupun santai.
Walaupun rasanya sudah sebati dengan tekak Asia Tenggara, namun ia turut berjaya menarik minat negara-negara barat.
Baca Juga:
- Peniaga Lain Ciplak Idea Sate Bhalut, Mark Adam Anggap Rezeki Hanya Pinjaman
- Mark Adam Kecewa Ada Orang ‘Report’ Sate Bhalut Mahal Kepada Pihak Berkuasa
- Bermodalkan Gambar ‘Sate Indonesia’, Scammer Cuba Dapatkan ‘Refund’ Tipu Peniaga Dakwa Sate Hangit
Baru-baru ini sekumpulan mat saleh telah membuka bisnes sate yang dikenali sebagai ‘Satay Club’ di Haarlemmerstraat, Amsterdam.
Sanggup terbang ke Indonesia untuk dapatkan resepi Sate autentik
Menerusi video dikongsikan, tertubuhnya Satay Club apabila satu tahun lalu pengasas dan rakannya menjual sate semasa ‘King’s Day’, satu acara bagi memperingati bagi memperingati hari keputeraan Raja Belanda.
Untuk mendapatkan rasa sate yang autentik, mereka terbang ke Indonesia. Di sana mereka bertemu dengan Chef Santoso.

“Selepas beberapa hari meluangkan masa memasak bersama Chef, dan kami sudah ‘sekepala’, kami memintanya untuk membuat resepi untuk tempat kami di Belanda.
“Kami semua berkerja keras sehingga dapat resepi autentik yang terbaik,” katanya.
100 sate percuma untuk pelanggan terawal

Akhirnya Satay Club dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada Jumaat yang lepas.
Mereka menawarkan 100 cucuk sate percuma kepada pelanggan yang terawal.
Daripada montaj video pada hari pertama pembukaan, pihak Satay Club langsung tidak menjangka dalam tempoh satu jam orang ramai beratur panjang untuk merasai sendiri rasa sate autentik resepi Indonesia itu.

Dengan bawakan tagline — ‘Sate terbaik di bandar pada pendapat kami’ — Satay Club menawarkan tiga jenis sate iaitu ayam, kambing dan tempeh.
Selain itu mereka juga mempunyai lontong, nasi putih, sandwich sate dan spekkoek (kuih lapis Indonesia).
Untuk melengkapkan juadah itu, Satay Club menawarkan empat jenis kuah terdiri daripada kacang, kicap, sambal manis dan sambal pedas.
Kedai itu beroperasi setiap hari bermula 12 tengah hari hingga ke semua sate habis dibakar.