Sudah menjadi satu perkara biasa seseorang pengguna TikTok memberikan hadiah berupa wang kepada pempengaruh yang mereka minati.

Mereka akan membeli coins di dalam Tiktok lalu ditukarkan kepada gift dan kemudian diberikan kepada individu tertentu.

Seperti Khairul Aming yang cukup terkenal di TikTok ditambah pula miliki jutaan pengikut di sejumlah platform, setiap kali dia membuat live, pasti akan menerima sejumlah gift bernilai ribuan ringgit dari peminat.

Pasti ramai tertanya-tanya berapakah jumlah keseluruhan yang diterima dan asam ada pernah mengeluarkannya atau pun tidak selepas itu.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah berkongsi video sedutan rakaman yang mana KA menjawab persoalan tersebut di dalam satu sesi siaran langsung sebelum ini.

KA di dalam video itu memperlihatkan jumlah gift yang diterima selama ini menerusi rekod di dalam poket akaunnya yang mencecah RM31,931.87.

Bagaimanapun, wang yang diterima langsung tidak dikeluarkan dan dia memilih untuk memberi semula kepada komuniti atau orang lain yang lebih memerlukan di platform tersebut.

Malah, dia turut mendapati wang yang diterima tidak pernah berkurang meskipun telah disedekahkan semula kepada orang lain dengan jumlah yang besar.

Hal ini kerana setiap kali dia membuat siaran langsung, pasti akan menerima lagi gift yang lumayan itu.

@hasbimendez

Buat baik dibalas baik. Niat ikhlas bantu ramai orang, Allah bantu semula. Inspirasi.

♬ original sound – Hasbimendez – Hasbimendez

Oleh itu ,dia menegaskan bahawa setiap sen yang diterima akan disedekahkan kepada orang lain sekaligus memberi manfaat dan juga balasan pahala buat pengikut yang memberinya secara tidak langsung.