Seperti ramai sedia maklum, kematian yang menyayat hari arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain berpunca daripada dakwaan seorang bomoh yang melihat nama arwah sebagai salah satu suspek yang mencuri komputer riba milik rakannya.

Terbaharu, ibu kepada kepada bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu iaitu Hawa Osman berkata dia cukup terkilan dengan tindakan ‘bomoh’ itu hingga membawa kepada kematian anaknya pada tujuh tahun lalu.

Menerusi video tular di TikTok, Hawa berharap individu berkenaan yang juga bapa kepada salah seorang pelaku menerima balasan dan hukuman setimpal seperti arwah anaknya kerana geram akan tuduhan tidak berasas itu menjadi punca kematian anakny.

“Saya memang geram dengan bomoh tu. Saya berdoa kepada Tuhan, moga Allah bagi hukuman (supaya) dia juga ada kesan tekapan-tekapan (seterika wap).

“Biar dia rasa bagaimana anak saya rasa,” ujar wanita berusia 61 tahun itu.

Menurut Hawa lagi, tindakan ‘bomoh’ itu membuat tuduhan secara nyata terhadap anaknya sehingga menyebabkan kematian adalah satu perbuatan tidak sepatutnya berlaku.

Tambahnya lagi, sebagai umat Islam kita sepatutnya memohon petunjuk daripada Allah dan bukannya mengharapkan bantuan ‘bomoh’ semata-mata.

“Bomoh ini kata dia sembahyang hajat menggunakan barang dan kononnya ada nama arwah (Zulfarhan) tentera.

“Selama ini kalau orang pergi jumpa bomoh, bomoh tu hanya akan kata (beri petunjuk) saudara atau orang terdekat sahaja. Tak cakap pun nama,” katanya.

Susulan itu, Hawa berharap agar ‘bomoh’ berkenaan segera bertaubat dan tampil memohon maaf kepada mereka sekeluarga kerana menjadi salah satu punca yang membawa kepada kematian Zulfarhan.

“Saya berharap bomoh tu bertaubatlah. Kalau boleh dia datang jumpa kami dan buat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia,” katanya.

@mingguanwanita

“Pada bomoh yang tuduh anak saya tu, bertaubatlah. Datang minta maaf pada kami dan seluruh rakyat Malaysia,” ini luah Puan Hawa ibu kepada arwah Zulfarhan. Ada banyak lagi dikongsikan oleh ibu bapa arwah termasuk reaksi terkejut wajah keenam-enam tertuduh yang sebelum itu dilihat melambai-lambai serta wajah keriangan bila Hakim mengumumkan mereka ke tali gantung. Saksikan temubual penuh bersama kedua ibu bapa arwah di YouTube Mingguan Wanita esok. #mingguanwanita #temansetiapwanita #zulfarhan

♬ original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan sokongan dan mengaminkan doa sang ibu yang anaknya teranaiya kerana tuduhan liar yang dilemparkan oleh bomoh terbabit.