Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan sudah memulakan siasatan ke atas beberapa individu berhubung dengan kes dadah.
Paling tak masuk akal individu individu tersebut dengan selamba menayangkan dadah dan ‘dapur’ ketika sesi penstriman live di media sosial.
Ada yang mulai menunjukkan plastik kecil lutsinar yang disyaki mengandungi barang terlarang. Remaja perempuan tersebut dengan bangga menyatakan bahawa dia ada dua ‘serbuk’.
Ini selepas rakannya itu mendesak dia menunjukkan ‘kampit’ kepadanya. Dia berkata: “Kampit yang ini ke? Saya ada dua.”
Kemudian kawan lelaki mereka menyatakan bahawa, jika yang perempuan itu ada kampit, dia pula ada dapur. Sambil menyatakan dia nak menunjukkan peralatan yang ada padanya.
2 anak gadis itu kemudian bergelak ketawa mendengarnya, dengan salah seorang menyatakan: “Saya nak batu.”
Ramai percaya istilah batu itu merujuk kepada syabu. Kerana batu atau ais adalah istilah lain untuk dadah jenis syabu.
Tanpa berlengah, lelaki tersebut terus membuka rakaman video peralatan yang dipercayai menjadi dapur untuk hisap dadah. Sambil 2 gadis remaja itu menyatakan cukuplah menayangkan sekejap takut sesi siaran strim langsung mereka diharamkan oleh pentadbir media sosial.
Justeru 4 individu kini disiasat oleh polis berkaitan dengan kes yang dianggap serius itu. Kerana Malaysia merupakan salah sebuah negara yang memiliki undang undang anti dadah yang sangat ketat di dunia.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Seri Khaw Kok Chin mengesahkan bahawa pihaknya sudah meneliti rakaman video tersebut. Dan polis telah melakukan siasatan lanjut berkaitan dengan video yang tular itu.
Dipetik dari laman Harian Metro Khaw Kok Chin berkata: “Pada masa yang sama, salah seorang individu yang dipercayai terbabit dalam video itu juga sudah membuat laporan polis hari ini di Melaka.
“Polis akan memanggil individu lain yang terbabit untuk membantu siasatan.”
Polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik telah memulakan siasatan ke atas mereka ini semua.
Ada yang tayang benda macam dadah…ada yang tayang dapur….. pic.twitter.com/Q6MagBA7lo
— MYNEWSHUB (@mynewshub) August 21, 2024
Netizen rata rata geleng kepala melihat kelakuan mereka. Terutama sekali melibatkan perempuan yang masih muda namun dikatakan sudah rosak kerana najis dadah.
Kemudian ada juga yang membayangkan apalah perasaan ibu bapa mereka melihat anak anak mereka tular kerana perkara seperti ini. Walaupun masih tidak disahkan lagi kandungan serbuk dalam ‘kampit’ tersebut, namun PDRM sangat tegas menyiasat apa sahaja perkara yang disyaki melibatkan barang terlarang.