Pada hari ini di mana-mana sahaja ada menjual makanan ‘Nachos Loaded’ di jalanan. Cuma harga dan rasa kesedapan yang membezakan antara satu sama lain.

Oleh kerana perniagaan itu mendapat sambutan yang luar biasa, difahamkan stok keropok nachos semakin sukar untuk didapatkan di kedai.

Baca Juga:

“Saya nak jual apa ini kakak?” kata pekerja-pekerja kedai borong apabila melihat berkotak-kotak keropok Nachos dibeli pelanggan sehingga kosong rak.

Netizen menyatakan jualan keropok nachos pasti melonjak memandangkan makanan jalanan itu sedang trending pada ketika ini.

Warganet mencadangkan untuk gantikan keropok itu dengan kentang sebagai alternatif bahan utama.

Dalam pada itu netizen turut cuba menjangkakan apakah makanan trending yang bakal menjadi pilihan orang ramai selepas ini.