Model terbaharu iPhone 16 sudah pun boleh didapatkan di pasaran Malaysia, lebih-lebih lagi dengan pembukaan Apple Store pertama di negara ini.
Seperti biasa, pasti timbul kisah ‘penyesalan’ selepas membeli model telefon pintar terbaharu itu yang dikongsikan di media sosial.
Baca Juga:
- Majikan Keluar Duit RM420,200 Hadiahkan Staf Dan Intern iPhone 16 Pro, Netizen Cemburu
- Ramai ‘Influencer’ Bangga Tayang iPhone 16, Siap Padam Komen Berkaitan Boikot
- Beratur Sejak 2 Pagi, Warga Vietnam Muncul Sebagai Pembeli Terawal iPhone 16 Di Malaysia
Baru-baru ini menerusi hantaran X.com @meinmokhtar, seorang gadis membuat pengakuan dia lebih suka teman lelaki membelikan iPhone 16 untuk dirinya.
Kesian pakwe dapat awek jenis cmni. pic.twitter.com/T1oBnm7e7a
— 🔺meingl🔻 (@meinmokhtar) September 26, 2024
“Mein minta pendapat followers semua. Selfish tak kalau saya mampu saja bayar iPhone 16 baharu one-off cash sebab tak ada komitmen sangat. Tapi saya tetap mahu teman lelaki belikan,” kata gadis itu.
Difahamkan lelaki tersebut hanya mampu membayar secara ansuran 36 bulan sahaja.
Tidak dimaklumkan spesifikasi model iPhone 16 tersebut, harga asas bagi iPhone 16 bermula RM3,999. Lelaki itu perlu membayar RM111 setiap bulan selama tiga tahun.
Jika dia membeli model yang berharga RM4,499, dia perlu membayar RM124 sebulan. Sementara kalau beli model yang paling tinggi storannya, RM5,499 dan jumlah bayaran bulanan selama 36 bulan adalah RM152.75.
Menerusi reaksi yang dikongsikan netizen, ramai berharap lelaki tersebut dapat memutuskan hubungan dengan teman wanitanya kerana gadis itu langsung tiada sifat empati ke atas dirinya.
Pada masa sama ramai mengutuk sifat ‘pengkikis’ gadis tersebut. Walaupun baru jadi pasangan teman lelaki-teman wanita, namun dia sudah meminta barangan mencecah ribuan ringgit daripada anak orang lain.