Anda pasti cukup mengenali sosok individu bernama Abang Tanjak dan merangkap pengasas Misi, yang mana mempunyai impian yang besar dalam membina sebuah ekosistem baharu dalam embentuk pasaran lokal baru negara.
Setelah sekian lama menghilang, kini founder Misi telah membuat pendedahan bahawa menyedari platform Misi sudah tidak boleh pergi jauh jika banyak perkara bergantung pada dirinya semasa dia berehat selama dua bulan dari media sosial.

“Sebagai Founder yang selalu menjadi muka di media sosial untuk Misi.. saya rasa banyak perkara bergantung terlalu kuat pada saya dan saya sedar Misi tidak boleh pergi jauh.
“Selama ni.. Saya bangunkan aplikasi sendiri, saya fikirkan growth sendiri, fikirkan apa next sendiri, buat content sendiri.. dan hampir semuanya saya perlu gerakkan sendiri..,” luahnya.
Dia lalu menceritakan beberapa faktor yag menyebabkan Misi menjadi perlahan. Faktor utama sekali adalah bagaimana dia terpaksa menggerakkan platform Misi seorang diri sehingga berlaku tergendala jika bercuti dan seumpamanya.
Difahamkan founder Misi kini telah membina sembilan “Chief” yang bakalĀ ditugaskan untuk menjaga jabatan masing-masing bagi menjalankan misi tegap.
“Setiap Chief akan memimpin department utama Misi seperti, Teknologi, R&D, Operation, Marketing, Logistics, Delivery Partners, Bussiness Partner, Secretary & HR, Finance..
“Semua department ni adalah perkara yang selama ini ditanggung oleh fikiran saya sendiri. Dan akhirnya semua ni dapat dipimpin secara berasingan oleh pasukan profesional yang sedia ada dan Baru.
“Jadi, tugas saya kini hanya perlu tentukan haluan Misi untuk semua department menuju ke vision sebenar Misi Rakyat,” tambahnya lagi,
Jadi selepas ini, dia tidak perlu bergantung kepada diri sendiri semata-mata untuk menjalankan semua operasi seharian dan akan bekerjasama dengan para profesional dalam menjayakan visi yang dimahukan.