Pada malam semalam satu Malaysia dikejutkan dengan pemergian penyair dan pelakon disegani tanah air, Pyan Habib di kediamannya di AU4 Keramat.
Menurut isterinya, Zurina Zakaria berkata berasa bersyukur dapat berada di sisi suami sebelum allahyarham meninggal dunia di kediaman mereka di sini, kira-kira jam 9.30 malam semalam, petik Buletin TV3.
Baca Juga:
- Penyanyi Pop Yeh Yeh, A Halim Meninggal Dunia
- Penyanyi Veteran Hail Amir Meninggal Dunia
- Pelakon Veteran, Jaafar Onn Disahkan Meninggal Dunia
“Saya sempat ajar mengucap (dua kalimah syahadah) dan minta maaf dekat suami. Masa itu, saya cakap, kalau hendak pergi, pergilah, nanti saya menyusul. Selepas saya cakap, air mata dia kering dan perlahan-lahan mata tertutup.
“Saya gembira dan bersyukur sebab dapat bersama suami pada saat akhir, ini yang saya tidak akan lupakan. Selepas dia meninggal dunia, ramai sangat orang datang.
“Rupanya-rupanya dekat luar memang ramai orang sayang dia,” katanya kepada pengamal media semasa proses pengurusan jenazah.
Memetik laporan itu lagi, allahyarham cuma mengalami bengkak kaki, mata hilang penglihatan dan terjatuh dalam bilik air.
Sebelum meninggal dunia, difahamkan arwah Pyan Habib bersandar pada bahu Zurina.
“Waktu itu, kepala suami atas bahu dan saya ingat dia sudah meninggal dunia. Kemudian, saya saya hubungi ambulans. Sementara tunggu sampai, mereka minta saya buat bantuan pernafasan kecemasan (CPR).
“Ketika buat CPR, ada air hitam keluar dari mulutnya. Saya terus bersihkan sebab takut dia tersedak selepas buat CPR,” katanya.
Jenazah Allayarham Pyan Habib diuruskan di Masjid As-Sobirin di sini, pada jam 9 pagi. Pengebumian jenazah dibuat di Tanah Perkuburan Islam AU4 di sini, pada jam 11 pagi.