Pernah tak jumpa orang yang terlebih sayangkan kucing? Maksudnya perasaan sayang kepada kucing yang melampau. Sayang kucing itu perkara biasa, tapi jika terlebih sayangkan kucing, ia sebenarnya bukan sesuatu yang normal lagi. Orang yang cinta kepada kucing berlebihan ini seringkali dikaitkan dengan seorang yang kurang kasih sayang atau cenderung mengalami masalah emosi, adakah ia benar atau tidak?
Normal bagi pemilik kucing untuk sayang kepada haiwan peliharaannya. Menjaganya dengan baik, memberi makan setiap hari, mandi, bermain serta mengambil berat terhadap kesihatan kucingnya. Tetapi, jika memberi perhatian secara berlebihan, ia sebenarnya adalah ganguan psikologi.
Ailurophilia adalah istilah yang digunakan untuk orang-orang yang sayang kepada kucing secara berlebihan atau tidak terkawal. Ia berlawanan dengan penyakit fobia terhadap kucing iaitu Ailurophobia. Secara zahirnya, mereka ini sebenarnya sedang berhadapan dengan masalah psikologi. Gejala ini sangat bervariasi dan berbeza-beza. Bergantung kepada penghidap itu sendiri.
Penghidap Ailurophilia selalunya akan sentiasa merasa risau terhadap kucingnya. Mereka ini kerap memantau setiap prilaku haiwan tersebut. Bahkan, ada kejadian di mana seseorang itu merasa bahawa kucingnya boleh bercakap dan mereka boleh berkomunikasi. Potensi untuk sembuh dari penyakit ini adalah 50:50, lebih parah jika gejala ini berlanjutan. Disarankan, penghidap penyakit ini segara berjumpa dengan pakar psikologi sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
Ada beberapa kes, orang yang sayang kepada kucing ini tidak cukup hanya seekor namun hingga puluhan ekor. Kes ini turut dikategorikan sebagai penyakit cat collector atau hoaders. Di Amerika Syarikat, kes cat collector ini cukup tinggi sehingga mencapai 2000 kes setiap tahun.
Pada dasarnya, niat awal para collector ini sebenarnya sangat bagus. Mereka biasanya akan membawa pulang setiap kali menemui kucing terbiar untuk dirawat dan diberi makan. Tapi hakikatnya, menjaga kucing tidak semudah memberi makan sahaja. Kucing memerlukan perhatian yang khusus dan rapi. Jika tidak, ia bukan merawat, malah boleh memburukan lagi keadaan kucing dan disifatkan sebagai kekejaman terhadap kucing.
Daily Mail pernah melaporkan, dalam satu kes yang kronik seorang wanita ditahan kerana menyimpan 42 ekor kucing dalam keretanya hampir setahun.
Baca juga: Kekurangan Makanan, Pulau Kucing Ini Dibantu Rakyat Jepun Melalui Twitter