Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie 2 | Misi: Satria kini sedang ditayangkan di pawagam. Para peminat tidak melepaskan peluang untuk pergi menontonnya.
Dalam masa sama ada peminat yang sudah lama menunggu barangan koleksi terbaharu Ejen Ali.
Baca Juga:
- Ejen Ali The Movie 2: Karya ‘Masterpiece’ Yang Cukup Membanggakan
- Lekat Sampai Sekarang, Ini 4 Babak Paling Diingati Dalam Ejen Ali The Movie
- Ikon Mod Satria Ejen Ali Di Aplikasi TGV Cinemas Buat Peminat Teruja
TGV mengeluarkan cermin mata I.R.I.S Ejen Ali dan Ejen Alicia, yang berharga RM70. Pemakai boleh feeling seperti Ejen Ali kerana ia mempunyai musik & bunyi efek (SFX), suara latar, bunyi khas, dan efek cahaya.
Sementara GSC pula mengeluarkan dua jenis tumbler, Ejen Ali yang berharga RM39, sementara Satria pula RM49.
Dekat GSC dah display tumbler eksklusif ni. RM39 setiap satu atau RM49 (1 tumbler & 1 set kombo biasa) pic.twitter.com/8auqagAZ7P
— Mohd Afizan (@afznbkr) May 18, 2025
Scalper sudah mula jual semula barangan Ejen Ali

Bagaimanapun ada segelintir pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan menjadi scalper.
Menerusi hasil carian di Carousell, ada yang menjual semula cermin mata pada harga RM200 untuk satu set kedua-dua cermin mata Ejen Ali dan Ejen Alicia.
Sementara tumbler Ejen Ali dan Satria juga ada dijual sebagai set pada harga RM100.

Ada juga yang jual cermin mata Ejen Ali sahaja dengan harga lebih RM100.
Perkara ini membuatkan para peminat berasa sedikit down apabila melihat scalper berbuat sedemikian.
Sedangkan barangan-barangan itu agak sukar didapatkan.
Ramai berharap pihak-pihak yang sepatutnya dapat membendung daripada penularan scalper tersebut.
Jika anda masih belum menonton Ejen Ali The Movie 2 | Misi: Satria bolehlah baca review filem itu di sini.