Pernah tak anda lihat orang tersalah pecahkan peti di kawasan masjid? Baru-baru ini tular satu rakaman CCTV menunjukkan seorang pencuri cuba memecahkan peti tabung sebuah masjid.
Menerusi perkongsian video TikTok @imyourzsz, sejurus masuk ke perkarangan masjid pencuri itu bersungguh-sungguh mengumpil sebuah peti kecil yang berada di bahagian kirinya.
Baca Juga:
- Imam Masjid Dedahkan Pasangan Viral Bawa Bayi Atas Moto Belum Kahwin
- Rumah Tiada Elektrik, Guru Agama Ini Terbawa Komik ‘Lawak Kampus’ Pergi Kuliah Masjid
- Masjid Negara Mohon Maaf Isu Tular Pengunjung Lelaki Diminta Pakai Tudung
Kemudian selepas berjaya membukanya, lelaki itu dapati di dalamnya bukan berisi duit, sebaliknya dipercayai kertas-kertas cadangan yang diisi oleh ahli kariah kawasan itu.
Hampa dengan hasilnya yang didapatkan, dia segera pergi ke peti lebih besar, lalu mengumpil mangga tersebut.
Beberapa saat kemudian, mangga itu dipercayai berbunyi lalu menyebabkan pencuri terbabit ketakutan lari meninggalkan perkarangan masjid.
Kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah masjid di sekitar kawasan Bangi.



Ramai berasa geli hati melihat rakaman video itu. Netizen berpendapat oleh sebab itulah ilmu sangat penting supaya ia dapat membantu memberi kesenangan dalam kehidupan.
Dalam pada itu, ada berpendapat mungkin rakaman CCTV itu merupakan salah satu promosi kunci mangga yang mempunyai penggera sekiranya cuba dipecahkan.