Minggu ini, bangunan pencakar langit ikonik Merdeka 118 memperlihatkan tayangan cahaya yang menakjubkan dalam mempromosikan filem terbaharu, Thunderbolts diarah oleh Marvel Studios.

Tayangan cahaya bertemakan Thunderbolts yang memukau ini telah menghiasi Menara Merdeka 118 setiap malam bermula 29 April hingga 1 Mei, dari jam 8 malam hingga tengah malam. Langkah promosi yang unik ini bersempena dengan tayangan perdana filem tersebut di pawagam Malaysia pada 1 Mei.

thunderbolts
Sumber Gambar: IG

Dalam klip eksklusif untuk mempromosikan Thunderbolts yang dikongsi oleh Golden Screen Cinemas, Pugh bercerita tentang pengalamannya di Malaysia, dari melompat dari Merdeka 118 hingga makanan Malaysia.

Pelakon British dan calon Anugerah Akademi itu berkata aksi beraninya itu hampir tidak dilatih dan menyifatkannya sebagai “pengalaman yang gila, gila”.

Kemudian, beliau menyatakan betapa beliau suka berada di Malaysia, dan bersemangat untuk kembali lagi pada masa hadapan.

“Sebab makanannya memang gila sedap. Saya perlu belajar beberapa hidangan terbaik tetapi saya 100% akan cuba melakukan sesuatu di ‘Cooking With Flo’ dengan hidangan Malaysia,” katanya.

“Cooking With Flo” ialah saluran YouTube masakan rumah Pugh yang dimulakannya semasa perintah berkurung Covid-19 dan merupakan cara untuknya berkongsi minatnya terhadap masakan dengan peminatnya sambil berada di rumah.

Video-video tersebut meraih populariti kerana gaya penyampaiannya yang jujur dan tidak berskrip serta personaliti Pugh yang mesra dan lucu.

@gscinemas

Malaysia, this one’s for you! 🇲🇾🥹 We had the exclusive chance to chat with #FlorencePugh about her experience filming right here in Malaysia — including jumping off the #Merdeka118 Tower! 🏙️ Don’t miss Marvel Studios’ Thunderbolts*⚡ coming to GSC this 1 May! 🎬 Get your tickets now! 🎟️ #trending #viral #fyp #kualalumpur #merdeka118 #marvel #marvelstudios #interview #castinterview

♬ original sound – GSCinemas – GSCinemas

Sedikit maklumat berkenaan filem terbaharu ini, ia mengisahkan sekumpulan anti-hero yang tidak lazim, direkrut oleh sebuah agensi rahsia untuk melaksanakan misi yang memerlukan kaedah yang tidak konvensional. Filem ini dibintangi oleh Florence Pugh, Sebastian Stan, Wyatt Russell, Olga Kurylenko, dan ramai lagi.

Apa yang lebih gila adalah Pelakon terkenal Florence Pugh, yang memegang watak sebagai Yelena Belova, melakukan sendiri adegan lagak ngeri yang mendebarkan dengan melompat dari bangunan setinggi 678.9 meter itu.

Adegan ini bukan sahaja mempamerkan keberanian wataknya, tetapi juga ketabahan Pugh sendiri. Pengarah Jake Schreier pada mulanya ragu-ragu untuk membenarkan Pugh melakukan aksi tersebut, tetapi beliau berkeras dan berjaya melakukannya dalam satu ‘take’ tanpa suntingan.