Hantu Pocong adalah makhluk ghaib yang wujud dengan berpakaian berbungkus kain kafan. Di beberapa tempat di Malaysia, pocong juga dikenali sebagai hantu bungkus yang kononnya menjelma selepas seorang manusia meninggal dunia.

Menurut beberapa cerita orang lama, pocong adalah manusia yang terperangkap dalam kain kafan dan jika ikatannya tidak dibuka selepas 40 hari meninggal, tubuhnya akan bangkit melompat keluar dari kubur.

Baca Juga:

Namun, menurut laporan CNBC dan  penelitian orang British yang berkelana ke tanah nusantara, difahamkan bahawa sebelum pocong terkenal dengan gerakan melompat, mereka sebenarnya boleh berjalan.

Difahamkan pada tahun 1906, di dalam buku bertajuk Kepercayaan Melayu yang ditulis oleh seorang pegawai kolonial British, Richard James Wilkinson. Dalam hujahnya, Richard menjelaskan bahawa terdapat hantu yang diikat dengan kain kafan yang dipanggil hantu bungkus atau pocong.

Katanya disebabkan kakinya diikat, pocong tidak boleh melompat atau berjalan. Akibatnya, dia bergerak dengan berguling-guling.

Selain itu, Suwardi Endraswara, seorang profesor sastera di universiti di Indonesia turut menyatakan bahawa pocong adalah hantu perempuan berpakaian putih yang bergerak dengan berjalan.

Bagaimanapun, persoalan yang lebih besar adalah bagaimana pocong yang didakwa mulanya berguling, lalu berjalan kini boleh pula melompat?

Ada yang menyatakan bahawa filem adalah punca mengapa imaginasi masyarakat nusantara telah terpadam dengan imej pocong berjalan dan ditukar kepada imej pocong melompot.

Jika kita membesar pada tahun awal 2000-an dulu, kita boleh lihat bagaimana filem Momok memberi impak yang besar kepada imaginasi kita mengenai rupa, bau, dan bentuk sesuatu hantu.

Selain itu, cerita-cerita orang lama juga memain peranan penting dalam membentuk imaginasi manusia mengenai bagaimana sesuatu hantu itu terbentuk.

Ada yang menyatakan bahawa pakaian terakhir si mati selalunya adalah gaya atau fesyen sesuatu hantu itu. Maknanya, kalau seorang manusia mati dikafankan, maka imaginasi manusia akan terbentuk dengan rupa makhluk ghaib yang berkafan.

Tetapi jika di eropah, kebanyakan yang meninggal dunia selalunya dikenakan pakaian kot atau gaun, jadi adakah hantunya juga akan mengenakan gaya yang sama?