Hari ini rakyat Malaysia digemparkan dengan pendedahan serius melibatkan seorang pempengaruh yang dikenali sebagai “CEO Batu” apabila dia didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual terhadap kanak kanak perempuan berusia 14 tahun.
Pendedahan ini mula mencuri perhatian netizen selepas Caprice, memuat naik beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp yang mengejutkan di laman Instagram miliknya.
“CEO Batu tu budak bawah umur! Kasi angkut @pdrmsia_official sampai bila kita nak biar kes-kes macam ni? Sampai anak orang pun tak selamat.” – Caprice
Tangkap Layar WhatsApp Dan Gambar Tidak Senonoh
Dalam siri pendedahan tersebut, Caprice turut menunjukkan beberapa bukti yang didakwa sebagai perbualan antara “CEO Batu” dan mangsa, termasuk kiriman gambar yang dikatakan tidak senonoh kepada remaja terbabit.
Tindakan tersebut ternyata mengundang kemarahan netizen yang mengecam tindakan individu tersebut yang dilihat menyalahgunakan statusnya sebagai pempengaruh.
CEO Batu dilaporkan sudah menyerah diri kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes tersebut.
Namun sebelum serah diri CEO Batu sempat merayu kepada ibu mangsa agar tidak memanjangkan lagi kes tersebut, atau menarik semula dakwaan ke atasnya.
Perkara itu dikongsikan Caprice yang menunjukkan mesej rayuan daripada CEO Batu yang dihantar kepada ibu mangsa dalam usaha untuk mengelakkan daripada disabitkan kesalahan. Dia mendakwaa, gambar tidak senonoh itu adalah untuk teman wanitanya. Namun tersilap hantar kepada remaja berusia 14 tahun tersebut.
Menurutnya lagi, jika dia dikenakan hukuman berat, segala yang dia bina selama ini akan musnah. Merujuk kepada sumber rezekinya sebagai pempengaruh media sosial. Dia telah lama membina empayarnya sendiri yang berjaya mengumpul jutaan pengikut.
Tambah CEO Batu lagi dia juga masih ada keluarga untuk disara termasuk ibu bapanya. Lagipun menurutnya, dia terlepas pandang tentang gambar tersebut, yang sepatutnya dia crop agar tidak menunjukkan bahagian tidak sepatutnya.
CEO Batu merayu: “Saya merayu sangat kak, Untuk berjumpa dengan kak. Saya silap kak. Gambar tu sepatutnya saya crop. Tapi saya terlepas pandang.”
“Saya merayu sangat, kalau sabit 10 tahun saya ke dalam. Segala yang saya usaha selama ni semuanya akan hilang kak. Saya masih ada orang tua lagi untuk bagi nafkah. Kalau saya ke dalam, macam mana diorang.”
“Family saya pun akan terpalit sekali. Kalau kak nak saya sujud pun saya sanggup kak,” kata CEO Batu.
CEO Batu sudah menyerah diri dan direman untuk membantu siasatan kes melibatkan gangguan seksual ke atas kanak kanak.
CEO Batu Serah Diri Kepada Polis, Direman Untuk Bantu Siasatan
Menurut laporan Harian Metro, pempengaruh berusia 22 tahun terbabit hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, semalam.