Kali ini, Secret Recipe memperkenalkan BurgerMira, menu bermusim terbaharu Secret Recipe yang diilhamkan daripada kerjasama tersendiri yang menjadi inspirasi kepada koleksi tudung terkini Mira – Mira Filzah x Secret Recipe – The Entrée Collection.

Para pelanggan kini boleh mencuba BurgerMira yang merupakan antara salah satu sajian kegemaran Mira. Terdapat lima BurgerMira yang anda boleh cuba dengan pilihan daging atau ayam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dengan sentuhan cita rasa tempatan, burger yang menyelerakan ini ialah sajian yang bukan sahaja mengenyangkan tetapi juga menyenangkan hati dengan sedikit cetusan nostalgia.

Pilihan pertama ialah Burger Kerabu Istimewa dengan pilihan daging ayam atau daging. Hidangan ini mengandungi lapisan timun Jepun, bawang merah dan daun ketumbar yang disusun di atas ayam goreng garing keemasan atau dua kepingan daging yang dimasak empuk dan keju cheddar di antaranya. Ditambah pula dengan sos cili kantan, keseimbangan rasa manis dan perisa beraroma yang sempurna tercapai setiap kali burger dinikmati.

Sementara itu, Burger Sambal Meletop mengandungi goreng garing keemasan serta timun Jepun, bawang merah dan sos Sambal Meletop unik Secret Recipe yang penuh berperisa dan pasti membuka selera khususnya bagi mereka yang suka makan pedas.

Seterusnya Burger Zesty Herb yang berintikan ayam goreng garing sehingga keemasan atau kepingan daging empuk yang diselit di antara dua keping keju cheddar. Burger ini ditambah pula dengan daun salad romaine, kubis merah, bawang merah dan sos herba istimewa resipi tersendiri dengan rasa yang memikat selera.

Dengan kerjasama Secret Recipe, Mira yang juga seorang model dan usahawan membawakan koleksi berilhamkan ramuan dan rempah yang biasa digunakan dalam masakan kepada para peminatnya. Sebagaimana ramuan tersebut menambah perisa yang nyata kepada sajian, tudung-tudung Mira juga telah direka khas untuk menyerlahkan penampilan si pemakai.

Menawarkan enam warna berbeza, para peminat boleh memilih tudung kegemaran masing-masing – Ginger (Halia), Ginger Flower (Bunga Kantan), Candlenut (Buah Keras), Chili (Cili), Butterfly Pea (Bunga Telang) dan Black Pepper (Lada Hitam). Tudung-tudung tersebut diperbuat daripada Satin Florencia bermutu tinggi dan bersaiz 115sm X 115sm.

Koleksi edisi terhad ini boleh dibeli hanya di www.mirafilzah.com pada harga RM99 setiap satu. Para peminat akan menerima tudung mereka dalam bungkusan cantik yang ditandakan dengan logo Mira Filzah dan Secret Recipe.