Bila sebut siaran langsung, kita pasti mengharapkan sosok manusia yang sedang bercakap dan berinteraksi dengan para penonton yang berkunjung.
Bagaimanapun, tugas yang biasa dilakukan oleh manusia pada suatu ketika kini sudah kelihatan sebuah syarikat mula mengimplementasikan penggunaan kecerdasan buatan di dalam bahagian promosi mereka.
Hal ini tular sebuah video di media sosial yang memperlihatkan sosok seorang wanita yang realistik sedang mempromosikan sejumlah produk dari syarikat terkemuka menerusi livistreaming di TikTok.
Bolah dilihat sosok wanita terbabit yang mempromosikan produk kepada penonton di dalam siaran langsung.
Walaupun kelihatan normal pada dasarnya seperti raut wajahnya dan pergerakan tangan, orang dapat mengesan intonasi suara yang tidak semula jadi seolah-olah tiada perasaan menerusinya.
Tambahan pula, pergerakan bibir sewaktu bercakap yang tidak konsisten dengan perkataan yang dilontarkan menguatkan lagi ia bukanlah manusia yang sedang membuat siaran langsung pada ketika itu.

Walaupun sudah ada nota kaki yang diletakkan yang memberitahu ia memang siaran langsung memang dijana oleh AI dan orang ramai boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan jika ada sebarang persoalan berkaitan produk.
Perkongsian video itu langsung mengundang perdebatan di kalangan netizen susulan pengadaptasian teknologi AI yang kian mengambil alih tugasan manusia terutamanya di dalam pemasaran di dalam talian.
Sebahagian netizen melihat tindakan terbabit adalah sesuatu yang tidak boleh diterima umum kerana apabila berkaitan jualan langsung di dalam talian, selalunya penonton lebih gemar melihat dan berinteraksi bersama hos.
Tetapi menerusi video tersebut, ramai merasakan ia tersangat membosankan dan paling ketara sudah semestinya kelihatan tidak ‘hidup’ seperti yang dimahukan ramai.
Tidak sekadar itu, di dalam rakaman yang sama, para penonton meninggalkan komentar meminta pihak syarikat berkenaan untuk tidak bersiaran langusng lagi jika masih menggunakan AI dalam promosi produk.


Sementara sebahagian netizen lain pula berpendapat mahu tidak mahu lebih banyak syarikat akan menggunakan AI dan individu yang bergelar hos live perlu menerima kenyataan yang mungkin pada masa kelak tugasan mereka mungkin akan diambil AI sepenuhnya sebaik AI sudah sampai peringkat ‘matang’.
Dalam pada itu, seorang pengguna yang celik IT mendedahkan ini bukanlah sesuatu yang baharu malahan dia sendiri sudah mencuba teknologi suntingan video berasaskan AI yang mana memperlihatkan dirinya sedang bertutur dalam bahasa Tamil dengan lancar walaupun realitinya tidak mahir sama sekali.