Banyak makanan di Malaysia mengandungi santan. Tanpa bahan mentah itu, rasa makanan tersebut tidak menjadi.

Oleh kerana harga santan yang meningkat pada hari ini, ada peniaga membuat keputusan untuk berhenti menjual makanan yang diperbuat daripada bahan mentah tersebut.

Baca Juga:

Memetik Berita Harian, ada peniaga dalam daerah Gua Musang terpaksa menghentikan jualan laksam dan laksa lemak. Ini kerana harga santan sudah mencecah RM20.

Menurut peniaga, Miswati Yah, 40, berkata dia terpaksa membeli kelapa dan memproses santan sendiri apabila bekalan santan sukar didapatkan sejak awal Syawal lalu.

“Harga kelapa parut pun sudah mencecah hingga RM18 sekilogram namun oleh kerana tiada pilihan untuk menyiapkan tempahan pelanggan saya terpaksa membelinya.

“Saya menjual laksam dan laksa lemak dengan harga RM 3.30 sebungkus ketika harga santan antara RM17 hingga RM18 sekilogram. Sekarang sudah mencecah RM20 sekilogram, kalau ingin teruskan perlu naikkan harga,” katanya.

Memetik laporan itu lagi, peniaga gerai makanan, Zalina Abdul Rahman, 43 menyatakan disebabkan isu santan, ramai pembuat kuih sudah mengurangkan kuantiti makanan. Pada masa sama ada daripada mereka tidak meletakkan makanan berasaskan santan di gerainya lagi.

Sumber