Sebuah sekolah memandu di Singapura mencuri perhatian ramai apabila menggunakan model Honda City untuk digunakan para pelajar yang baru belajar membawa kereta.
Perkara itu diumumkan menerusi Facebook Honda Singapura yang berkongsi hantaran lima buah unit Honda City berwarna kelabu siap dengan pelekat ‘L’ diletakkan pada bampar depan dan belakang.
Baca Juga:
- Ekoran Ikut Cakap Keluarga, Jurutera Dedah Kesal Beli Kereta Honda Sebab ‘Maintenance’ Terlalu Mahal
- Nissan Batal Gabung Dengan Honda, Pelan RM265 Bilion ‘Hancur’
- Pemandu Tertekan Pedal Minyak, SUV Honda Nyaris Jatuh Parkir Bertingkat
“Kah Motor berbangga kerana Honda City menjadi sebahagian daripada pengalaman pemandu baharu di ComfortDelGro Driving Centre bagi membantu pelajar memandu mendapatkan keyakinan di belakang stereng.
“Dengan keselamatan, keselesaan, dan kebolehpercayaan sebagai terasnya, Honda City adalah teman yang sempurna untuk mereka yang mengambil langkah pertama di jalan raya.
“Mari bersama menjadikan setiap pemanduan sebagai langkah menuju kejayaan. Selamat memandu dan selamat belajar dengan Honda City!” petik hantaran Facebook Honda Singapura.


Daripada gambar yang dikongsikan model Honda City yang digunakan adalah varian i-VTEC.
ComfortDelGro Driving Centre merupakan salah satu sekolah memandu yang berusaha melatih pemandu dan penunggang baharu untuk membentuk tabiat pemanduan yang baik serta menjadi pemandu yang mahir dan bertanggungjawab di jalan raya.