Pada petang semalam sekumpulan aktivis dirakam memakai pakaian banduan, topeng monyet sambil memegang kereta sorong dipenuhi buah kelapa.
Menurut The Sun, protes itu dianjurkan oleh PETA (People for the Ethical Treatment of Animals) bagi memberikan tekanan kepada pihak kerajaan Thailand menamatkan amalan menggunakan monyet untuk memetik kelapa.
Baca Juga:
- Google Pecat Pekerja Yang Protes Kerjasama Dengan Israel
- Sebagai Protes Terhadap Kekejaman Di Palestin, DragonForce Malaysia Lancarkan #OpsPetir Terhadap Israel
- ‘Hanya Cari Rezeki Halal’ – Pekerja Kedai Manisan Arab Di Bukit Bintang Dakwa Difitnah Aktivis
Protes itu dibuat di hadapan Kedutaan Diraja Thailand di Jalan Ampang.
@agent.ren Ingat kan apa tadi rupanya protest “end coconut industry monkey labour” #fyp #streetprotest #peta #animalsoftiktok #foryoupage #fypシ゚viral
“Monyet-monyet dipukul, disebat dan dipaksa memetik kelapa sepanjang masa, walaupun dijanjikan bahawa ‘buruh paksa’ seperti itu telah berakhir.
“Mereka adalah makhluk yang sensitif dan tidak pernah dapat meluangkan masa dengan pasukan mereka atau mengalami kegembiraan. Jadi, kami menggesa pihak berkuasa Thailand untuk memutuskan rantaian antara santan dan penganiayaan monyet,” kata Jason Baker, Naib presiden kanan PETA Asia.
Baker berkata siasatan Peta Asia mendedahkan seorang pemilik ‘sekolah monyet’ mengaku membeli kera daripada petani yang menggunakan pukat untuk menangkap bayi liar dari rumah dan keluarga mereka, walaupun amalan itu menyalahi undang-undang.
“Peta Asia tidak akan berhenti memberi tekanan terhadap industri kelapa Thailand untuk membuat perubahan dan kami menyeru pihak berkuasa Thailand untuk mempertimbangkan meningkatkan penguatkuasaan bagi menamatkan penderitaan monyet,”