Sekumpulan anggota Polis didakwa membuat serbuan tanpa mengikut SOP dan dituduh melakukan pemerasan serta vandalisme.
Pengadu turut mendakwa sekumpulan anggota polis tersebut turut merampas kad memori kamera litar tertutup dan memeras ugut wang RM12,000.00.
Video tersebut telah tular sehingga menimbulkan banyak spekulasi, dan PDRM segera membuat siastaan ke atas dakwaan bahawa anggotanya yang terlibat.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar menegaskan bahawa PDRM menyiasat video yang dimuat naik akaun Facebook dengan nama Encik Abdul.
Walaupun pemilik itu menafikan dia adalah pemilik asal video tersebut. Sebaliknya Encik Abdul menegaskan bahawa dia cuma berkongsi video yang dimuat naik oleh Edisi Siasat.
Encik Abdul berkata: “Nama aku dah naik, aduh. Mohon PDRM menyiasat secara telus video tu. Jangan siasat aku pulak. Aku hanya sampaikan apa yang sepatutnya. Sumber edisi siasat
“Aku serahkan semuanya kepada Allah.”
Polis mengesahkan sekumpulan anggota polis terdiri daripada 4 orang daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menyerbu sebuah rumah.
Menurut Shahrulnizam lagi, pihak polis memang ada membuat serbuan di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 10 Oktober 2024, dalam Op Tapis.
Operasi tersebut telah dibuat oleh polis BSJN IPD Petaling Jaya.
Namun apa yang berlaku membuatkan pengadu mempersoalkan tindakan polis.
Sekumpulan anggota polis dituduh tak ikut SOP
Dalam video tersebut, pemilik rumah meminta polis mengesahkan identiti mereka. Membuatkan anggota polis tersebut mulai menghamburkan kata kata kesat dan memecahkan kamera litar tertutup.
PDRM buka siasatan
PDRM dalam kenyaataannya menambah: “Siasatan dibuka bagi menyiasat dakwaan yang ditularkan dan tindakan tegas akan diambil sekiranya wujud salah laku dalam kejadian ini.”