Setiap insan yang melahirkan anak, pastinya timbul rasa kasih dan sayang kepada bayi dibawa bersama sepanjang mengandung itu. Perpisahan dengan bayi yang baru sahaja dilahirkan sudah pastinya menjadi detik yang paling menyedihkan buat seseorang ibu yang menyayangi anak kecilnya.
Di sebalik segala perancangan yang dibuat, takdir menentukan segalanya di mana terdapat ibu yang terpaksa berpisah dengan anaknya berikutan anak kecilnya meninggal dunia.
Baca Juga:
- Cara Penjual Biadab Minta Rider Ganti Rugi Kek Pelanggan Hancur Buat Netizen Berang
- Tergamak Dera Dan Hempas Meja Pada Anak, Perkongsian Lelaki Ini Bangkitkan Kemarahan Netizen
Situasi menyedihkan yang di sangka dapat difahami orang ramai ini ternyata berlaku sebaliknya apabila tular sebuah perkongsian di Twitter di mana seorang bakal ibu ini telah meminta pakaian buat anaknya yang bakal lahir tidak lama lagi daripada seorang ibu yang kehilangan anaknya.
Orang tu anak baru meninggal, kau rilek je mesej mintak baju. pic.twitter.com/cjJsoK8ZeX
— Amende Sial? (@amende_sial) September 16, 2022
Pertanyaan tidak sensitif dengan gaya selamba itu telah membuat para netizen berang serta berbeza pendapat dengan permintaannya. Terdapat netizen yang berang kerana tidak sensitif meminta pakaian yang baru sahaja meninggal.
Selain itu, terdapat juga netizen yang menyokong tindakan tersebut kerana sekurang-kuranganya pakaian tersebut dapat dimanfaatkan individu yang lain pula.
Timing tak kena wakk nak minta barang orang. Please have some common sense. https://t.co/uxEWCGS0cH
— 🐈نورعين (@nurainnuyen) September 17, 2022
Biadap ! https://t.co/tqQSAXJU6r
— Sunufa 🦁 (@suesueraya) September 17, 2022
tak semua orang akan okay, orang berbeza beza perasaan. mana tau dia nak simpan buat kenangan, kalau aku la kan aku simpan taknak bagi orang. maybe ada rezeki lagi atau maybe boleh jadi pengubat rindu.
— Sepirah (@Sepirah9) September 16, 2022
https://twitter.com/nrldlzk/status/1570716704812171266
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih sensitif khususnya kepada mereka yang baru sahaja kehilangan anak kecil. Menerima takdir serta sebak dengan kehilangan antara yang memberi kesan kepada emosi mangsa.
Sebuah lagi cara yang boleh dilakukan buat mereka yang memerlukan pakaian buat anak kecil adalah menghubungi pihak NGO atau mereka yang bertanggungjawab menyalurkan bantuan buat golongan yang memerlukan.