Umum tahu, penyediaan makanan haruslah disediakan dalam keadaan yang bersih serta tidak tercemar dengan sebarang kotoran. Malah, perkara ini seharusnya dipandang serius buat mereka yang bertugas sebagai tukang masak.
Terbaharu, tular sebuah video menerusi Twitter @Malaysiavirall yang memperlihatkan tindakan seorang tukang masak yang tidak memakai sarung tangan dengan selamba membersihkan dan memegang kemaluan anak dan meneruskan aktiviti memasak.
Baca Juga:
- Kotor Dan Hitam Berkeladak, Netizen Bersimpati Keadaan Enjin Axia Selepas Didakwa Guna ‘Oil Treatment’
- Didirikan Di Atas Bekas Tapak Kandang Babi, Kilang Fucuk Kotor Di Pulau Pinang Dikompaun RM8,500
https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1603569682166222848
Lebih mengejutkan orang ramai, anak kecil tersebut dilihat tidak kencing di tandas sebaliknya sekadar kencing di bawah tempat penyediaan makanan.
Tindakan jijik dan kotor ini nampaknya telah mengundang pelbagai kecaman daripada para netizen yang ‘loya tekak’ dengan apa yang diperlihatkan. Malah, terdapat para netizen yang mendakwa tindakan yang dilakukan seolah menjadi ‘pelaris’ buat kedai tersebut.
Persoalan aku si mak tu tak jijik ke siot masak kat tmpt bau hancing??? Aku takde kat situ pun dah jijik https://t.co/Jav60fzY8X
— fatini (@fatinihdyh) December 16, 2022
Kat bandar kota tinggi 🤣🤣 https://t.co/kdXm4GFyCk
— Alan Jaeger 🇵🇸 (@IamAzlxn) December 16, 2022
Pengotornya 🤢🤮 https://t.co/ecdfKWKUMi
— RaRa 🍁 (@frhsn91) December 16, 2022
Menurut para netizen, kedai ini terletak di Kota Tinggi, Johor. Malah, pemakaian baju parti politik negara seolah mengesahkan situasi ini berlaku dalam Malaysia dan bukannya negara seberang.
Sehubungan dengan itu, netizen berharap pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap premis tersebut yang sudah terbukti mengabaikan kebersihan makanan sebelum dihidangkan kepada para pelanggan.