Pengelola Liga Malaysia, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah menjatuhkan hukuman denda kepada pasukan Selangor selepas mereka tidak hadir bagi menghadapi aksi Piala Sumbangsih 2024/25 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada awal musim ini.
Perkara ini diumumkan oleh MFL dimana skuad Gergasi Merah dikenakan denda sebanyak RM100 Ribu, pemotongan tiga mata dan perlawanan menentang JDT di Stadium MBPJ akan dilangsungkan tanpa penonton.
Baca Juga:
- Bintang Muda Selangor, Muhammad Abu Khalil Jalani Latihan Bersama Kelab Jepun
- Peminat Selangor Diculik Selepas Aksi Menentang Perak?
- Piala FA 2024/25: Selangor Mudah Ke Suku Akhir, Atasi Negeri Sembilan 4-0
Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) telah mengadakan Mesyuarat bagi membincangkan kes ketidakhadiran Selangor FC ke Perlawanan Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super pada 10 Mei 2024 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim.
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 25, 2024
“Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) telah mengadakan Mesyuarat bagi membincangkan kes ketidakhadiran Selangor FC ke Perlawanan Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super pada 10 Mei 2024 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim.
“Selepas mengambil pertimbangan pada setiap faktor kes itu, Ahli Lembaga Pengarah yang menghadiri mesyuarat itu sebulat suara membuat keputusan berikut;
1. Denda sebanyak RM100,000.
a. Wang denda ini akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak.
2. Bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL.
a. MFL akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya.
3. Pemotongan tiga (3) mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025.
4. Perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan dimainkan tanpa penonton.
a. Operasi perlawanan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama antara MFL dan Selangor FC dengan syarat kemasukan wakil-wakil terpilih kedua-dua kelab yang akan diselaraskan untuk kehadiran pada hari perlawanan.
Skuad kendalian Nidzam Jamil itu tidak hadir ke SSI ekoran faktor keselamatan selepas salah seorang pemain mereka, Faisal Halim disimbah asid seminggu sebelum hari perlawanan antara kedua-dua pasukan.