Jika sebelum ini, Dr Amalina sentiasa saja berkongsi nasihat dan pesanan berkaitan bidang perubatan di laman Twitternya dan sering menjadi rujukan serta tempat bertanya bagi netizen-netizen Malaysia.
Kini selepas beberapa tahun berkongsi jawapan dan nasihat kepada permasalahan kesihatan di Twitter, Dr Amalina pada semalam akhirnya mengumumkan pelancaran laman sesawangnya sendiri bagi tujuan sama seperti yang dilakukan di Twitter sebelum ini.
Hi guys, I’ve just launched my own website called ‘Ask Dr Amalina’. I will be posting general health information and blog about current health issues. Link: https://t.co/Ue4cRnkYuK pic.twitter.com/6BCnt3KusB
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) March 2, 2020
Laman sesawang yang dikenali ‘Ask Dr Amalina’ itu menurutnya akan berkongsi maklumat berkaitan bidang kesihatan kepada masyarakat umum.
“Saya telah berkongsi pengetahuan perubatan dan fakta berdasarkan bukti penyelidikan di media sosial sejak beberapa tahun ini dan saya rasa sudah tiba masanya membawanya ke peringkat seterusnya.
“Saya sangat teruja dengan projek baru ini dan harap anda semua dapat belajar sesuatu yang baru.” kongsinya dalam pengumuman tersebut di Twitter.
Bagaimanapun, Dr Amalina menjelaskan laman sesawang terbabit bukanlah platform untuk pengikutnya mendapatkan khidmat nasihat secara peribadi.
“Ini hanyalah platform untuk berkongsi info dan maklumat kesihatan secara umum kepada masyarakat,” tambahnya.
Malah, mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan keraguan juga dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Pelancaran laman sesawang itu turut mendapat maklum balas positif daripada para pengikutnya dengan ada yang menyamakan usaha yang dibuat itu sama dengan apa yang telah dilakukan Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini.
Good job doc 👍🏼
We do need such reference.
Like religion question, we always refer to @drzul_albakri feedback at @MAIWPHQ website.
If u can see, Dr.Zul already answered 1,637 question about netizens queries.https://t.co/i6tBrQ7KFw pic.twitter.com/2lzCgWY8kf— Gojira Rawrr (@adrujaMK) March 2, 2020
Baca salah satu penjelasan yang diberikan Dr Amalina mengenai keberkesanan ‘essential oil’ yang pernah kami kongsikan sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Ini Penjelasan Dr. Amalina Tentang Keberkesanan ‘Essential Oil’ Untuk Turunkan Berat Badan
Dr Amalina Che Bakri Terima Anugerah ‘Darzi Academic Clinical Fellowship’
Netizen Tidak Puas Hati Nama Dr Amalina Tercalon Untuk Anugerah ‘Influencer’