Sedar tidak sedar, berbaki seminggu sahaja lagi sebelum kita semua bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagaimana dengan persiapan Hari Raya anda? Adakah segala kelengkapan sekeluarga sudah berjaya didapatkan?
Di sebalik keghairahan untuk pulang beraya di kampung, terkadang terdapat beberapa barangan atau perkara yang sering dilupakan orang ramai.
Pada kali ini, kami ingin membantu anda untuk menyediakan checklist penting yang perlu dibuat sebelum pulang beraya. Barulah Hari Raya anda akan lebih best dan meriah!
1. Powerbank
Mungkin dianggap sebuah barangan yang remeh namun percayalah cakap kami, powerbank pastinya menjadi ‘penyelamat’ sempena Hari Raya ini.
Hal ini membawa powerbank bersama bakal membantu anda untuk mengecas telefon pintar yang kehabisan bateri sewaktu asyik beraya.
Oh ya, powerbank juga turut membantu untuk mengecas kipas portable yang sering kali digunakan anak kecil. Memahami Hari Raya sering kali rumah dipenuhi dengan sanak saudara di mana hampir kesemua suis elektrik digunakan, mungkin powerbank antara yang bakal membantu.
2. Tutup segala suis dan paip di rumah
Kata orang, malang tidak berbau. Oleh itu, pastikan anda membuat semakan dengan menutup segala suis dan paip yang tidak digunakan di rumah.
Hal ini bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini sewaktu anda berada di kampung lebih-lebih lagi buat anda yang pulang ke kampung dalam tempoh yang panjang.
Adalah lebih baik untuk anda memaklumkan kepada jiran agar pihak jiran dapat memantau sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
3. Menyimpan nombor PLUSLine bagi tujuan kecemasan
Sudah menjadi kewajipan apabila pulang ke kampung, kereta akan diservis atau dipastikan segalanya berada dalam keadaan dalam keadaan yang baik.
Semuanya bagi memastikan tiada insiden yang tidak diingini berlaku lebih-lebih di atas lebuh raya yang dipenuhi dengan kenderaan.
Dalam pada itu, sebuah lagi inisiatif yang anda boleh lakukan adalah menyimpan nombor PLUSLine dalam telefon pintar anda.
Untuk pengetahuan, PLUSLine sedia membantu pengguna lebuh raya PLUS menerusi perkongsian maklumat melibatkan nama, nombor pendaftaran kenderaan, lokasi kejadian dan pelbagai lagi menerusi operator yang bertugas.
4. Semak waktu terbaik untuk bertolak balik kampung
Sebut mengenai balik kampung memang tidak dapat lari daripada tersekat dengan kesesakan lalu lintas. Namun, tahukah anda mampu kurangkan kesesakan lalu lintas menerusi ‘strategi’ yang betul?
Caranya mudah sahaja, menerusi aplikasi PLUS yang ditawarkan secara percuma di iPhone dan juga Android, para pengguna berpeluang membuat perancangan yang lebih teliti sebelum bertolak.
Bukan itu sahaja, aplikasi PLUS turut memaparkan lokasi kerja penyelenggaraan dijalankan dan juga kemalangan yang berlaku. Hal ini membantu anda untuk merancang perjalanan lain bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas!
Lebih menarik, aplikasi PLUS sedia ditawarkan secara 24 jam! Dalam erti kata lain, anda tidak perlu risau untuk menyemak lokasi hentian Rehat & Rawat (R&R) atau tandas terdekat. Menarik bukan?
Planner sememestinya menjadi fungsi yang paling kami suka pada aplikasi ini. Menerusi fungsi ini, anda berpeluang melihat keadaan ‘live traffic’ di sepanjang perjalanan. Serius membantu!
Untuk pengetahuan, aplikasi PLUS ini dihasilkan inisiatif MyPLUS dalam usaha meningkatkan keselesaan para pengguna lebuh raya khususnya semasa musim-musim perayaan.
Apa tunggu lagi anak perantau? Inilah masanya untuk muat turun aplikasi PLUS secara percuma menerusi Google Play Store bagi peranti Android atau App Store bagi pengguna iPhone. Pastinya tiada lagi isu sepanjang pulang ke kampung. Selamat Hari Raya!