Sempena meraikan pelancaran penerbangan pertama AirAsia X (AAX) ke Almaty, Kazakhstan pada 14 Mac 2024 ini, syarikat penerbangan AirAsia X tampil menawarkan tawaran menarik ke Almaty untuk anda.

AirAsia X tawar tambang promosi bermula RM88 sehala termasuk cukai, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan yuran lain yang berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Jualan terhad ini bermula pada hari ini pada 16 Februari 2024 dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang selama lapan jam sahaja secara eksklusif tertakluk untuk tempahan awal dan ketersediaan tempat duduk.

Promosi ini untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Oktober 2024 dan anda boleh menempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web AirAsia.

Untuk pengetahuan anda, Almaty terletak di kawasan pergunungan Trans-Ili Alatau merupakan destinasi unik antara dunia moden dan tradisional serta menawarkan pengalaman pelancongan baharu.

Selain pelbagai pusat dan bangunan unik, keindahan alam semula jadi dan kulinari melazatkan, Almaty menawarkan tarikan menakjubkan seperti Zenkov Cathedral, arena ski di kawasan pergunungan dan banyak lagi untuk semua.

Sebelum terlupa, perjalanan ke Almaty ini hanya tersedia 4 kali seminggu sahaja. Bagi pengguna BigPay pula boleh membuat pembayaran segera dengan hanya ‘satu klik’. Tiada kad BigPay? Anda boleh mendaftar dan menggunakan refferal code ini 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM5.