Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor memberi pendapat beliau mengenai pemain sayap negara iaitu Arif Aiman.

Dalam satu sesi bersama penyokong, Tunku Ismail menegaskan pemain itu bebas membuat keputusan mengenai masa depannya.

Baca Juga:

Semua Bergantung Kepada Arif Aiman

Arif Aiman
Kredit Foto: FAM

“Semua bergantung kepada Arif Aiman, bukan
pada kami. Jika Arif mahu pergi,
silakan. Jika dia mahu kekal, dia boleh kekal. la terpulang kepada pemain.

“Saya tidak pernah memaksa mana-mana
pemain untuk kekal, tetapi saya rasa dia
gembira di sini, kerana di sini bukan sahaja ada peluang untuk memenangi kejohanan tetapi turut ada peluang untuk terlibat dalam kejohanan bertaraf Asia seperti ACLE.

“Sekiranya pergi ke pasukan biasa di luar
negara, kamu tetap tidak boleh beraksi di
pentas ACLE. Bagi saya keputusan bijak
yang dia punya adalah kekal di sini.” katanya.

Sejak mempamerkan prestasi yang konsisten baik dalam saingan domestik atau antarabangsa, Arif Aiman digesa untuk berhijrah ke saingan liga luar negara bagi meningkatkan kualiti serta kemampuan pemain itu.

Antara destinasi yang dilihat sesuai bagi pemain berusia 22 Tahun itu ialah Liga Jepun dimana beberapa pemain dari rantau Asia Tenggara pernah beraksi di liga itu.

Arif Aiman
Kredit Foto: JOHOR Southern Tigers

Menurut seorang pemerhati yang selalu membawa perkembangan mengenai bola sepak Jepun di laman X iaitu Ahmad Ridzuan, ada beberapa faktor yang perlu dilihat sekiranya Arif mahu beraksi di Liga Jepun.

Pertama, meskipun graduan Akademi Mohktar Dahari (AMD) itu menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan ACL Elite, namun persekitaran yang berbeza setiap minggu bakal menjadi cabaran bagi pemain itu.

Selain itu, Arif juga bakal memikul tugasan berat yang mana beliau perlu memecahkan dinding kepercayaan orang Jepun terhadap pemain Malaysia yang mana gagal dilakukan oleh pemain sebelum ini.

Sekiranya Arif berjaya, maka beliau akan menjadi pembuka jalan kepada pemain lain untuk beraksi di salah satu liga terbaik Asia itu.

Akan tetapi, sekiranya tidak berjaya, maka Malaysia perlu menghasilkan pemain yang jauh lebih bagus berbanding Arif sekiranya mahu dihantar beraksi di luar negara.