Badan bebas First Instance Body (FIB) hari ini mengumumkan bahawa sejumlah 11 kelab Liga Super dan 2 pasukan AFL A1 yang bertanding pada musim 2024-2025 telah berjaya memperoleh Lesen Kebangsaan, sekali gus melayakkan mereka untuk bersaing dalam pertandingan Liga Super bagi musim 2025/2026.

FIB Pelesenan Kelab Malaysian Football League (MFL) telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai permohonan Lesen Kebangsaan itu pada 13 Mei 2025 yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif.

Namun begitu, FIB memerlukan masa untuk meneliti dokumen sebelum membuat keputusan pada 22 Mei 2025.

Bagi memaskan kelab diberikan lesen, mereka perlu dinilai dan mematuhi enam kriteria utama seper yang dinyatakan dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2024-2025 (MFL CLR), iaitu Sukan, Infrastruktur, Personel & Pentadbiran, Perundangan, Kewangan, dan Perniagaan.

Lesen Kebangsaan yang diberikan ini sah untuk satu musim sahaja, iaitu bagi musim 2025-2026.

Menurut sub-kriteria kewangan F.03 & F.04 dalam MFL CLR, tarikh akhir bagi pengisytiharan tunggakan kewangan adalah setakat 31 Disember 2024.

Senarai Pasukan Layak Beraksi Di Liga Super 2025/26

8 kelab Liga Super MFL yang telah diberikan Lesen Kebangsaan oleh FIB ialah Johor Darul Ta’zim FC (JDT) Selangor FC, Penang FC, Kuching City FC, Sabah FC, Terengganu FC, Sri Pahang FC dan Negeri Sembilan FC.

Namun begitu, 3 kelab diberikan Lesen Kebangsaan dengan ‘sancon’ adalah Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim FC, dan PDRM FC mengikut arkel 8 (l) MFL CLR.

Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim FC, dan PDRM FC diberikan Lesen Kebangsaan oleh FIB dengan ‘sancon’ di mana kelab-kelab itu perlu mengemukakan maklumat kewangan tambahan bagi memenuhi Kriteria Kewangan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2025.

Kegagalan mematuhi ketetapan itu dalam tempoh masa yang ditetapkan boleh menyebabkan lesen kebangsaan Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim FC dan PDRM FC ditarik balik oleh FIB.

FIB turut mengesahkan 2 kelab Liga Super, iaitu Kedah Darul Aman FC dan Perak FC gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan selepas permohonan mereka dak memenuhi kriteria kewangan yang ditetapkan dalam MFL CLR.

Sementara itu, dua kelab daripada AFL A1 iaitu Melaka FC dan Imigresen FC juga berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan apabila permohonan Lesen Kebangsaan Luar Biasa dengan merujuk Arkel 15 untuk Kitaran Pelesenan Kelab MFL 2024-2025 bagi saingan Liga Super musim 2025-2026 telah diluluskan oleh FIB.