• Sebanyak 14 jalan di Kuala Lumpur akan ditutup sementara waktu pada hari Sabtu ini untuk pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa berkata jalan raya akan ditutup dari 8 pagi dan 8 malam bagi memberi laluan kepada tetamu yang menghadiri pertabalan dan acara berkaitan.

Jalan yang akan ditutup sementara waktu nanti adalah –

1. Jalan Tun Razak
2. Jalan Kia Peng
3. Jalan Raja Chulan
4. Jalan Ampang
5. Jalan Sultan Ismail
6. Lebuhraya Sultan Iskandar
7. Jalan Tuanku Abdul Halim
8. Jalan Semantan
9. Jalan Damansara
10. Jalan Istana
11. Kuala Lumpur-Seremban Expressway
12. Jalan Kuching (arah selatan)
13. Bulatan Dato Onn
14. Jalan Parlimen

Tambahnya lagi seramai 387 anggota polis trafik akan dikerahkan untuk mengiringi VIP dan menguruskan lalu lintas bagi memastikan pertabalan berjalan lancar.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya tidak menggunakan laluan tersebut bagi mengelak kesesakan lalu lintas, dan mematuhi arahan anggota polis trafik yang akan bertugas,” katanya, petik Free Malaysia Today.

Pada 31 Januari lalu Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17.