Setiap tahun, laporan Times Higher Education (THE) menjadi rujukan utama dalam menilai prestasi universiti-universiti di seluruh dunia, termasuk institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia.
Dalam kemas kini terbaharu bagi tahun 2025, beberapa universiti tempatan terus mengukuhkan kedudukan mereka di pentas global dengan kejutan yang cukup membanggakan apabila satu universiti swasta berjaya mengatasi gergasi pendidikan awam negara.
Baca Juga:
- Tujuh Pusat Pengajian Tinggi Malaysia Tersenarai ‘Top 10’ Universiti Terbaik Di Asia Tenggara 2025
- Lebih 1,000 Kajian Universiti ‘Kurang Memuaskan’, Rugikan RM148 Juta
- Pelajar China Berdepan Risiko Dibuang Dari Universiti Malaya Kerana Berseluar Pendek?
Senarai ini bukan sekadar ranking tetapi ia mencerminkan daya saing institusi pendidikan tinggi negara dalam aspek pengajaran, penyelidikan, jaringan industri dan reputasi antarabangsa.
Ini sekali gus memberi isyarat positif kepada bakal pelajar, ibu bapa serta pelabur pendidikan bahawa Malaysia mampu melahirkan institusi bertaraf global tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada sistem pendidikan luar negara.
Dalam senarai 2025 ini, universiti mana yang berada di antara kedudukan terbaik? Jom kita saksikan!
1) Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Peratusan: 55.8-58.6%
Kedudukan ranking dunia: 201-250
2) Universiti Malaya (UM)
Peratusan: 53.7-55.7%
Kedudukan ranking dunia: 251-300
3) Sunway University, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) & Universiti Utara Malaysia (UUM)
Peratusan: 46.0-49.2%
Kedudukan ranking dunia: 401-500
*Aspek penilaian lain seperti Teaching, Research Environment, Research Quality, Industry dan International Outlook bagi setiap universiti-universiti ini adalah berbeza.
4) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) & Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Peratusan: 38.2-43.2%
Kedudukan ranking dunia: 601-800
5) Management & Science University (MSU)
Peratusan: 34.5-38.1%
Kedudukan ranking dunia: 801-1000
6) Multimedia University (MMU), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) & Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Peratusan: 30.7-34.4%
Kedudukan ranking dunia: 1001-1200
7) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) & Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Peratusan: 25.2-30.6%
Kedudukan ranking dunia: 1201-1500
*Untuk informasi lebih menyeluruh mengenai segala aspek penilaian setiap universiti ini, anda boleh layari laman sesawang Times Higher Education.