28 tempat di Malaysia telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok susulan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bermula 1 Oktober 2024.

Dobi dan bangunan tempat kerja kerajaan serta swasta turut tersenarai sebagai kawasan baharu larangan merokok dengan kedua-duanya berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Baca Juga:

Senarai 28 kawasan larangan merokok
  1. Pusat hiburan atau teater, kecuali kasino;
  2. Kawasan hospital atau klinik;
  3. Lif atau tandas awam;
  4. Tempat makan;
  5. Kedai berhawa dingin;
  6. Bangunan dobi;
  7. Bangunan hentian pengangkutan awam;
  8. Kawasan lapangan terbang kecuali kawasan atau bilik merokok yang telah diluluskan;
  9. Kawasan premis kerajaan;
  10. Bangunan Parlimen Malaysia;
  11. Mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan sama ada di mana-mana tempat awam atau di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian;
  12. Kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi;
  13. Kawasan taman asuhan kanak-kanak;
  14. Kaunter perkhidmatan awam;
  15. Kompleks membeli-belah;
  16. Kawasan stesen minyak;
  17. Bangunan stadium, pusat kecergasan atau gimnasium;
  18. Kawasan kompleks sukan;
  19. Bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan;
  20. Kawasan perpustakaan;
  21. Kafe internet;
  22. Kawasan tempat latihan khidmat negara;
  23. Bangunan tempat kerja;
  24. Kawasan rehat dan rawat kecuali tempat letak kereta awam terbuka;
  25. Kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka;
  26. Menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi, dan lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi dalam taman negara atau taman negeri;
  27. Di dalam bas sekolah;
  28. Di dalam kenderaan awam.

Senarai 28 Kawasan Larangan Merokok Di Malaysia

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bangunan dobi antara yang diperjuangkannya sejak 2019 ketika pertama kali menjawat jawatan berkenaan.

“Pastinya saya berasa bersyukur, akhirnya dobi menjadi tempat awam (larangan merokok).

“(Bangunan dobi sering) didatangi pastinya ibu-ibu, isteri-isteri bawa anak-anak dan sebagainya, (kadang-kadang) tempat itu menjadi kawasan untuk berehat,” katanya