Keputusan SPM 2024 yang diumumkan pada hari ini menyaksikan Gred Purata Kebangsaan (GPK) mencatatkan pencapaian daripada 4.60 pada 2023 kepada 4.49.
Menurut sumber laporan My Metro, bilangan calon yang memperoleh keputusan cemerlang iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2024 adalah sebanyak 14,179 atau 3.7 peratus.
Baca Juga:
- KPM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Segera Ekoran Kesilapan Paparan Jalur Gemilang Dalam Laporan SPM
- ‘Saya Menyesal’ – Individu Ini Kongsi Realiti Pahit Tanpa SPM
- Lebih 8,000 Calon SPM Tak Hadir Peperiksaan Bertulis
Ia menunjukkan peningkatan berbanding SPM 2023 dimana 11,713 calon memperolehi keputusan cemerlang. Keputusan yang dicatatkan juga adalah yang terbaik dalam tempoh 11 tahun.
“Keseluruhan pencapaian calon SPM bagi 2024 adalah sangat membanggakan. Ia adalah keputusan SPM terbaik bermula pada 2013 apabila kita memperkenalkan syarat wajib lulus dua mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah.
“Ini dapat dilihat berdasarkan GPK yang semakin mengecil berbanding beberapa tahun kebelakangan ini. GPK 2024 adalah 4.49, manakala pada 2023, 4.60, untuk 2022, 4.74 dan 2021, 4.86,” ujar Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan.
Pencapaian SPM 2024 antara bandar dan luar bandar juga hanya mencatatkan jurang kecil dimana gred purata calon bandar meningkat sebanyak 0.11 mata, manakala bagi calon luar bandar peningkatan turut berlaku iaitu 0.09 mata.
Ia menyaksikan jurang antara kedua-dua kawasan itu hanya dibezakan dengan 0.2 mata.
Berikut ialah senarai Sekolah Terbaik Keputusan SPM 2024 Mengikut Gred Purata Sekolah (GPS) menurut sumber ciapan laman X Irfan_newboys:
SPM 2024
1) SBP Integrasi Gombak (INTEGOMB) – 0.93
2) Sekolah Tun Fatimah (STF) – 1.04
3) Kolej Tunku Kurshiah (TKC) – 1.05
4) Maahad Tahfiz Negeri Pahang – 1.15
5) SM Sains Tuanku Munawir (SASER) – 1.16
6) SBP Integrasi Rawang (SEPINTAR) – 1.16
7) Sekolah Alam Shah (SAS) – 1.17
8) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) – 1.23
9) Sekolah Seri Puteri (SSP) – 1.24
10) Kolej Yayasan Saad (KYS) – 1.24
11) MRSM Kuala Kubu Bharu – 1.26
12) MRSM Kepala Batas – 1.31
13) SM Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) – 1.32
14) SM Sains Tuanku Aishah Rohani – 1.34
15) MRSM Johor Bahru – 1.35
16) MRSM Tun Ghafar Baba – 1.39
17) SMK Agama Kerian – 1.39
18) Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) -1.41
19) MRSM Ulul Albab Gemencheh -1.41
20) MRSM Taiping – 1.41
21) MRSM Pengkalan Chepa -1.43
22) SMK Agama Dato Haji Abu Hassan Sail (SEMADAH) – 1.46
23) SMAP Kajang – 1.48
24) MRSM Kota Putera – 1.48
25) MRSM Sungai Besar -1.48
26) MRSM Balik Pulau-1.48
27) SMK Tengku Sarafudin Badlishah -1.51
28) Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR) – 1.51
29) MRSM Batu Pahat- 1.51
30) SM Sains Seri Puteri (SESERI) – 1.51
31) MRSM Pasir Salak – 1.54
32) SMKA Sheikh Hj Mohd Said (SHAMS) – 1.54
*Akan dikemaskini sekiranya terdapat sebarang kesilapan informasi pada senarai ini. Harap maaf atas sebarang kesulitan.