Majalah berita mingguan dari Amerika Syarikat, Newsweek dan platform statistik, Statista telah mengeluarkan senarai hospital terbaik dunia bagi tahun 2025.
Penarafan itu dibuat berdasarkan kepada proses penilaian yang menyeluruh, termasuk kaji selidik dalam talian yang melibatkan ribuan pakar perubatan (doktor, pengurus hospital dan profesional penjagaan kesihatan), data pengalaman pesakit, metrik kualiti hospital dan Kaji Selidik Pelaksanaan PROMs (Patient-Reported Outcome Measures).
Baca Juga:
- Senarai 20 Individu Terkaya Malaysia 2025 Menurut Forbes
- Senarai 5 Kereta Mampu Milik Untuk Rakyat Malaysia Gaji Bawah RM3,000
- Senarai Sekolah Terbaik Keputusan SPM 2024
PROMs didefinisikan sebagai soal selidik yang distandardkan dan disahkan yang dilengkapkan oleh pesakit untuk mengukur persepsi mereka mengenai kesejahteraan fungsional dan kualiti hidup mereka.
“Lebih daripada 2,400 hospital telah dinilai tahun ini, tetapi senarai ini juga mengetengahkan 250 hospital terbaik di seluruh dunia.
“Mempunyai data yang boleh dipercayai dan mudah diakses adalah penting apabila memilih hospital untuk rawatan.
“Kami berharap senarai ini menjadi sumber yang dipercayai untuk pesakit, keluarga dan pemimpin penjagaan kesihatan yang mencari panduan mengenai institusi perubatan terbaik di dunia,” kata Newsweek.
Malaysia merupakan salah satu daripada 30 buah negara yang terpilih untuk disenaraikan sebagai Hospital Terbaik Dunia 2025.
Senarai 50 Hospital Malaysia diiktiraf Hospital Terbaik Dunia 2025
- Sunway Medical Centre (Subang Jaya)
- Gleaneagles Hospital Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
- Subang Jaya Medical Centre (Subang Jaya)
- Hospital Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
- Prince Court Medical Centre (Kuala Lumpur)
- Pantai Hospital Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
- Island Hospital (George Town)
- Pantai Hospital Ampang (Kuala Lumpur)
- KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital (Ampang)
- Ara Damansara Medical Centre (Shah Alam)
- Mahkota Medical Centre (Melaka)
- Gleaneagles Hospital Penang (George Town)
- Pantai Hospital Penang (Bayang Baru)
- KPJ Penang Specialist Hospital (Bukit Mertajam)
- Pantai Hospital Ayer Keroh (Melaka)
- University Malaya Medical Centre (Kuala Lumpur)
- Penang Adventist Hospital (George Town)
- ParkCity Medical Centre (Kuala Lumpur)
- Beacon Hospital (Petaling Jaya)
- KPJ Damansara Sepcialist Hospital (Petaling Jaya)
- Gleaneagles Hospital Medini Johor (Iskandar Puteri)
- KPJ Ipoh Specialist Hospital (Ipoh)
- Aurelius Hospital Negeri Sembilan (Nilai)
- Columbia Asia Hospital Cheras (Cheras)
- Assunta Hospital (Petaling Jaya)
- KPJ Puteri Specialist Hospital (Johor Bahru)
- Hospital Umum Sarawak (Kuching)
- Pantai Hospital Cheras (Kuala Lumpur)
- Hospital Putrajaya (Putrajaya)
- KPJ Selangor Specialist Hospital (Shah Alam)
- KPJ Kedah Medical Centre (Alor Setar)
- Hospital Lam Wah Ee (George Town)
- KPJ Sabah Specialist Hospital (Kota Kinabalu)
- Hospital Pulau Pinang (George Town)
- Hospital Sultanah Aminah (Johor Bahru)
- Hospital Queen Elizabeth (Kota Kinabalu)
- Hospital Pusrawi (Kuala Lumpur)
- KJP Sentosa Medical Centre (Kuala Lumpur)
- Normah Medical Specialist Centre (Kuching)
- KPJ Seremban Specialist Hospital (Seremban)
- Pantai Hospital Ipoh (Ipoh)
- KPJ Kajang Specialist Hospital (Kajang)
- Regency Specialist Hospital (Masai)
- Columbia Asia Hospital Puchong (Puchong)
- Tung Shin Hospital (Kuala Lumpur)
- Columbia Asia Hospital Bukit Rimau (Shah Alam)
- Pantai Hospital Sungai Petani (Sungai Petani)
- Hospital Bintulu (Bintulu)
- Loh Guan Lye Specialist Centre (George Town)
Pada masa sama Newsweek dan Statista turut menyenaraikan Insitut Jantung Negara – Cardiology sebagai salah satu Hospital Terbaik Dunia bagi tahun 2025.