Malaysia membariskan rata-rata muka sama bagi menghadapi Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 yang bakal berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur bermula 10 hingga 18 Mei nanti.
Melihatkan kepada senarai pemain yang diumumkan dalam satu majlis khas di Seri Pacific Hotel sebentar tadi, tidak banyak perubahan dapat disaksikan dalam senarai pemain.
Baca Juga:
Hanya tekong berpengalaman, Muhammad Zulkifli Razak kembali dipanggil selepas berehat panjang daripada kem skuad kebangsaan sertak khidmat ‘killer’ muda, Khairul Aman Mohd Rosdi juga turut ditagih.
Selaku tuan rumah kejohanan edisi sulung ini, skuad negara menyertai kesemua empat kategori yang dipertandingkan iaitu double, regu, quadrant dan berpasukan.
Berikut merupakan senarai pemain negara mengikut acara yang disertai mereka:
Sepaktakraw Piala Asia 2025
Regu
1) Mohammad Syahir Mohd Rosdi (Tekong)
2) Muhammad Haziq Khairul Nizam (Tekong)
3) Mohamad Azlan Alias (Killer)
4) Khairul Aman Mohd Rosdi (Killer)
5) Farhan Adam (Feeder)
Doubles
1) Muhammad Noraizat Mohd Nordin (Killer)
2) Muhammad Redwan Hakim Muhammad (Killer)
3) Aidil Aiman Azwawi (Feeder)
Quadrant
1) Zarif Marican Ibrahim Marican (Tekong)
2) Muhammad Shahalril Aiman Halim (Killer)
3) Muhammad Afifuddin Mohd Razali (Killer)
4) Muhammad Fetri Mohd Azwadi (Killer)
5) Amirul Zazwan Amir (Feeder)
6) Norfaizzul Abd Razak (Feeder)
Berpasukan
Bagi acara berpasukan kesemua 14 pemain di atas turut tersenarai bersama-sama tekong, Muhammad Zulkifli Razak.