Bila berbicara tentang drama bersiri kita tidak boleh mengatakan tidak kepada K-drama. Daripada kisah romantis sehinggalah thriller aksi, boleh dikatakan hampir semua drama-drama ini menjadi pilihan ramai di seluruh dunia.
Tetapi tahukah anda walaupun ianya nampak seperti ‘okay’ dan menarik untuk ditonton, namun ada sesetengah drama yang dihasilkan dari Korea Selatan ini pernah menimbulkan kontroversi?
Jika sebelum ini kami telah senaraikan beberapa drama Korea yang popular di Netflix, kali ini kami ingin menyenaraikan dan berkongsi pula kepada anda semua antara drama Korea yang telah menimbulkan kontroversi sehingga ada yang menjadi mangsa kecaman netizen sebelum ini.
“Kenapa pula ia mencetuskan kontroversi?”
Baca dahulu senarai lima drama yang kami kongsikan di bawah ini dan anda akan mengetahui kenapa.
1. Backstreet Rookie (2020)
https://youtu.be/QVtVD_JT-LM
Drama yang berjudul ‘Backstreet Rookie’, dibintangi Ji Chang Wook dan Kim Yoo Jung ini telah mendapat kecaman netizen apabila terdapat adegan di dalam drama tersebut menunjukkan unsur rasisme terhadap orang kulit hitam.
Ia memaparkan seorang pelanggan dari Korea yang sedang mabuk dan kemudiannya memberikan reaksi terkejut apabila melihat seorang pemuda berkulit hitam masuk ke pasar raya tersebut
Beliau turut memberi reaksi muka yang tidak menyenangkan serta mengatakan “Oh Tuhan” pada individu tersebut. Walaupun drama tersebut dikecam, drama ini tetap mendapat rating yang tinggi daripada penonton.
2. Mr. Queen (2020)
https://youtu.be/WJryF4Lr_Hk
Drama yang seterusnya ini telah berjaya mendapat sambutan dari penonton dalam dan luar negara, ‘Mr. Queen’ yang dibintangi oleh Shin Hye Sun dan Kim Jung Hyun. Drama ‘Mr. Queen’ ini merupakan drama yang diadaptasi dari novel China yang ditulis oleh Xian Chen. Drama tersebut menjadi mangsa kecaman netizen apabila drama tersebut dianggap mempersendakan figura dan sejarah Korea.
Walaupun pihak produksi sudah memohon maaf atas perkara tersebut, drama itu sekali lagi telah mencetus kontroversi apabila episod baharu yang ditayangkan itu mempunyai beberapa babak yang dianggap berlebihan dan mempersendakan sejarah.
Bagi sesiapa yang belum menonton drama tersebut, anda boleh menontonnya di laman penstriman Viu di sini.
3. Live (2018)
Walaupun drama berjudul ‘Live’ ini sudah lama diterbitkan tetapi rata-rata rakyat Korea masih tidak dapat melupakan adegan di dalam drama tersebut yang telah mencetus kontroversi dan kritikan netizen. Drama ini dibintangi oleh pelakon-pelakon yang terkenal di Korea Selatan antaranya, Lee Kwang Soo dan Jung Yoo Mi.
Drama tersebut dianggap mencetus kontroversi apabila terdapat adegan di dalam salah satu episod drama tersebut di mana Lee Kwang Soo dan pasukan polis yang lain ditugaskan untuk meredakan keadaan demontrasi jalanan. Demontrasi jalanan tersebut ternyata perkara yang benar-benar berlaku pada suatu ketika dahulu iaitu pada tahun 2016.
Demikian menganggap menyentuh isu sensitiviti rakyat kerana terdapat unsur kekerasan yang telah dilakukan oleh petugas terhadap para penunjuk perasaan yang hadir. Kepada sesiapa yang ingin menonton semula drama tersebut, anda boleh menontonnya di laman penstriman Netflix di sini.
4. Man Who Dies To Live (2017)
Drama ‘Man Who Dies To Live’ ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Jang Dal-Goo yang dilakonkan oleh Choi Min-Soo telah merantau ke bahagian Timur Tengah dan menetap di sebuah tempat pada akhir tahun 1970-an. Drama tersebut mendapat kecaman netizen di seluruh dunia apabila terdapat beberapa adegan yang ditunjukkan di dalam drama tersebut seakan-akan menghina agama Islam.
Antara adegan yang menunjukkan penghinaan terhadap agama Islam adalah pelakon utama, Choi Min-Soo yang berpakaian seperti orang Arab namun terdapat gelas dipenuhi dengan air beralkohol dan poster yang menunjukkan masjid dan al-Quran di dalam siri tersebut.
Walaupun mendapat kecaman serta diboikot oleh netizen, drama tersebut masih ditayangkan di kaca televisyen dan mendapat rating yang agak tinggi.
5. Return (2018)
Drama yang ditayangkan pada tahun 2018 ini telah berjaya mendapat rating tertinggi kerana jalan cerita yang menarik. Namun di sebalik kejayaan drama tersebut, terdapat isu antara pelakon drama ‘Return’ ini yang menjadi kritikan netizen.
Difahamkan, isu tersebut membabitkan pelakon utama, Go Hyun Jung dan Joo Dong Min. Setelah beberapa episod ditayangkan, difahamkan mereka telah bertengkar di mana Go Hyun Jung telah dituduh melakukan kekerasan berbentuk fizikal terhadap Joo Dong Min namun tuduhan ini segera dibantah oleh agensi Go Hyun Jung.
Apabila perkara tersebut tersebar, pihak SBS mengumumkan pelakon Go Hyun Jung telah menarik diri daripada wataknya di ‘Return’ dan beliau akan digantikan oleh Park Jin Hee.
Cubaan jadi lain daripada yang lain
Buat anda yang tertanya-tanya kenapa dan bagaimana pihak-pihak yang terlibat dalam penghasilan drama ini boleh melakukan ‘kesilapan’ sehingga mencetuskan kontroversi sehingga menerima kecaman daripada masyarakat- mungkin tiada jawapan tepat yang boleh diberikan.
Namun jika anda melihat kepada senarai drama-drama yang dibekalkan di atas, kontroversi yang dialami rancangan-rancangan yang diterbitkan ini secara tidak langsung berjaya memberikan mereka publisiti dan pada masa meningkatkan rating daripada penonton.
Sengaja atau tidak, tetapi seperti dinyatakan di atas, kontroversi dan kecaman yang diterima mereka ini seakan-akan membantu pula mereka meraih perhatian penonton di dalam industri yang dipenuhi dengan drama-drama berkualiti tinggi dan mempunyai jumlah penonton yang ramai.
Tidak tahu apa yang menarik di Netflix? Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai drama Korea yang paling terkenal di Netflix pada tahun 2020 pada pautan di bawah.
7 Drama Korea Paling Popular Di Netflix Sepanjang Tahun 2020
Alice In Borderland, Siri Thriller Hebat Yang Sedang ‘Trending’ Di Netflix
Selepas Itaewon Class, Ini 5 Sebab Usahawan Muda Perlu Tonton Drama Korea Start-Up