Tahukah anda akan bisnes jualan barangan atau server permainan boleh mendatangkan untung yang lumayan? Malah, ada yang sudah bergelar jutawan dengan hanya menjual barangan di dalam permainan.

Terbaharu, seorang remaja berjaya menjadikan hobi bermain permainan Minecraft sebagai perniagaan sehingga mampu membelikan rumah buat ibunya, lapor Metro News UK.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Independent

Maksym Gavrylenko berusia 17 tahun berasal dari Ukraine yang kini menetap dan bersekolah di Scotland selepas meninggalkan negaranya yang dilanda perang sebelum ini.

Pada 2021, Maksym bersama dua kawannya membeli server Minecraft  pada harga £1,000 (~RM5,757.10) sebelum membangunkan server berkenaan. Kini server tersebut mampu menghimpunkan pemain dari seluruh dunia untuk berhubung dan bermain bersama-sama.

Sumber Gambar: PC Gamer

Disebabkan saiz server berkenaan yang luar biasa, ramai pengiklan tertarik untuk menyertai server tersebut sekaligus berjaya meningkatkan nilai server berkenaan.

Bagaimanapun, baru-baru ini remaja berkenaan nekad untuk menjual server tersebut selepas mendapat tawaran lumayan daripada beberapa ahli perniagaan.

Difahamkan Maksym tidak berminat mendedahkan keuntungan yang diperoleh menerusi penjualan server berkenaan.

Menurut Maksym, beliau sangat berbangga kerana berjaya mengubah hobinya menjadi satu perniagaan yang sangat menguntungkan. Beliau juga berazam untuk menggunakan wang tersebut bagi menyara keluarga, terutama ibunya.

Bahkan, disebabkan perang di Ukraine telah memaksa ibunya untuk meninggalkan rumah di negaranya. Jadi, beliau merasa sangat puas dan berbaloi apabila dapat menghadiahkan sebuah rumat buat ibunya.

Ketika ini, ibu Maksym tinggal bersama dengan rakan-rakannya di Portugal. Manakala, datuknya masih berada di Kyiv kerana tidak mahu meninggalkan negara tersebut. Kakaknya juga masih berada di Ukraine selepas teman lelakinya mendaftarkan diri bagi menjadi anggota tentera sukarela.

Memetik laporan Metro News UK lagi, Maksym merasakan apa yang ditempuhinya selama ini berbaloi, terutama selepas negara dan tempat tinggalnya musnah gara-gara perang.

“Saya tidak tahu apa berlaku pada masa depan, tetapi saya mempunyai minat dalam perniagaan setelah bekerja sebagai penterjemah sambilan dan penulis di Ukraine,” katanya lagi.

Maksym dalam pada itu turut berterima kasih kepada abangnya yang banyak membantu dia membangunkan server tersebut.

“Dengan bimbingan abang saya yang bekerja di dalam bidang teknologi, serta pihak sekolah, saya merasa teruja untuk menjadikan hobi saya kepada sesuatu yang lebih besar.”

Konklusinya, jika anda bersungguh melakukan sesuatu, pasti akan membuahkan hasil di kemudian hari. Malah, anda mungkin boleh menjadikan hobi sebagai sumber pendapatan sampingan untuk menampung kos kehidupan yang kian meningkat.