Tindakan seorang wanita memuat naik rakaman tiga orang lelaki berpakaian Angkatan Tentera Malaysia membawa plastik makanan dan minuman ke pondok di R&R telah mengundang kemarahan netizen.

Dalam video berkenaan wanita itu menulis caption yang berbaur sindiran menyatakan askar tidak diwajibkan berpuasa sebab berjuang untuk negara.

Baca Juga:

Walau video asal sudah dipadam oleh wanita itu, seorang pengguna TikTok sempat stiched video berkenaan untuk bidas kenyataan wanita terbabit.

https://www.tiktok.com/@epul7899/video/7222265096096042246?_r=1&_t=8bZGECt8qrh

Menurut TikTok @epul7899, bukan semua anggota dalam ATM itu beragama Islam. Ini kerana ada yang berlatarbelakangkan kaum Iban, Bidayuh dan Kadazan yang mempunyai ciri-ciri seperti orang melayu.

Tambahnya lagi, sepatutnya wanita itu pergilah bertanya kepada anggota tersebut untuk mendapatkan kepastian, bukan membuat dakwaan begitu sahaja. Tindakan wanita itu seolah-olah ‘memburukkan’ agensi kerajaan itu.

Sumber Gambar: TikTok @epul7899
Sumber Gambar: TikTok @epul7899

Lelaki itu turut memberikan nasihat, walaupun jika niat asal konten itu sekadar suka-suka atau melawak, namun sekiranya anggota di dalam video itu mengambil tindakan undang-undang, wanita itu boleh dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan saman.

Teguran TikTok @epul7899 disambut baik netizen, ramai bersetuju dengan penjelasan ringkas tetapi padat yang dikongsikan beliau.

Jangan kerana mahu membuat konten yang tiada manfaat, diri sendiri merana dikenakan tindakan kelak.