Iran serang balik dengan melancarkan serangan ke atas Tel Aviv termasuk menggunakan peluru berpandu supersonic yang sukar untuk ditangkis oleh iron dome sekalipun.
Kemudian berita dari Tel Aviv juga mengesahkan bahawa Iran berterusan menghantar serangan udara bertali arus ke kawasan mereka.
Dalam akaun X Iranian Military menulis: “Kami dah sampai.”
We've arrived. pic.twitter.com/Sld6HD8iKF
— Iran Military (@IRIran_Military) June 13, 2025
Pada 13 Jun 2025, Israel melancarkan Operation Rising Lion, dengan kira-kira 200 pesawat melancarkan banyak gelombang serangan ke atas kemudahan nuklear (termasuk Natanz dan Isfahan), kilang misil, serta pangkalan ketenteraan dan kawasan kediaman pegawai kanan Iran.
Sebelum ini Israel sudah mengumumkan mereka mahu melakukan serangan skala kecil ke atas Iran dan meminta negara sekutunya bersamanya. Namun rancangan itu tidak dipersetujui banyak negara termasuk sekutunya AS.
Tel Aviv kecewa dengan AS dan menyatakan mereka akan meneruskan serangan itu dan mengingatkan AS agar bersedia menghantar bantuan jika Iran bertindak balas.
Tel Aviv benar benar melancarkan serangan ke atas Iran. Serangan mengorbankan sekurang‑kurangnya 78 orang, termasuk komander IRGC seperti Hossein Salami, Mohammad Bagheri, Amir Ali Hajizadeh dan Esmail Qaani serta beberapa saintis nuklear seperti Fereydoon Abbasi-Davani.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan serangan itu bertujuan untuk menghentikan program nuklear Iran dan mencegah ancaman yang dikatakan “existential” terhadap Israel.
Rusia mengecam tindakan Netanyahu sebagai tindakan dalam keadaan tidak ada siapa yang memprovokasi mereka dan ianya dianggap tidak boleh diterima.
Iran tak berdiam diri dan serang balik
Iran bertindak balas dengan melancarkan kurang daripada 100 misil balistik ke arah Israel yang membuatkan beberapa kawasan terjejas.
Israel is under attack right now.!
Dozens of ballistic missiles are being launched from Iran toward Israel at this very moment. This footage was just taken, showing missiles fired toward Tel Aviv—a major population center in the Jewish homeland. Jerusalem may also be targeted.… pic.twitter.com/Ts3JChPwj1
— Greg Laurie (@greglaurie) June 13, 2025
Iran juga mengesahkan bahawa mereka berjaya menembak jatuh 2 jet pejuang zionis.
Netanyahu ajak rakyat Iran bersama IDF
Netanyahu segera mengeluarkan kenyataan menyeru rakyat Iran agar bangkit menenang kekejaman rejim kerajaan negara itu. Dan dia mahu rakyat Iran melihat sendiri kejahatan kerajaan Iran.
Dia berkata: “Masanya telah tiba untuk rakyat Iran bersatu mengelilingi bendera dan warisan bersejarahnya, dengan mempertahankan kebebasan anda daripada rejim yang jahat dan menindas,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan video.
The time has come for the Iranian people to unite around its flag and its historic legacy, by standing up for your freedom from the evil and oppressive regime.
Mar-do-me sh-ja-ee Iran, noor bar tariki piruz ast.
Brave people of Iran, light defeats the darkness.— Prime Minister of Israel (@IsraeliPM) June 13, 2025
“Kami berada di tengah-tengah salah satu operasi ketenteraan terbesar dalam sejarah, Operasi Rising Lion,” tambahnya lagi.
“Ketika kami mencapai objektif kami, kami juga sedang membuka laluan untuk anda mencapai kebebasan anda,” katanya, merujuk kepada serangan Israel yang didakwa berjaya mensasarkan tapak nuklear, dan membunuh beberapa komander tertinggi tentera dan saintis nuklear.
“Rejim tidak tahu apa yang melanda mereka, atau apa yang akan menimpa mereka. Ia tidak pernah menjadi lebih lemah,” kata dia lagi memujuk rakyat Iran agar bersama sama dengan IDF dan menggulingkan kerajaan rejim sedia ada.
“Perjuangan kami adalah menentang rejim pembunuh yang menindas dan memiskinkan anda. Ini adalah peluang anda untuk berdiri dan membiarkan suara anda didengari.”
IDF turut mengeluarkan amaran kepada semua rakyat Israel bahawa beberapa lagi serangan peluru berpandu Iran akan dilancarkan ke kawasan mereka.
“Pasukan tentera udara kami akan sedaya upaya memintas serangan tersebut,” tambah IDF lagi.
הופעלו התרעות במספר מרחבים בשטח הארץ בעקבות גילוי טילים ששוגרו מאיראן לשטח מדינת ישראל.
הציבור מתבקש להישמע להנחיות פיקוד העורף.
בשעה זו חיל האוויר פועל ליירוט ולתקיפה בכל מקום בו יידרש להסרת האיום.
ההגנה לא הרמטית, ועל כן יש להמשיך ולהישמע להנחיות פיקוד העורף— צבא ההגנה לישראל (@idfonline) June 14, 2025