Siri dari Malaysia yang sedang meningkat naik iaitu Bidaah nyata turut mendapat sambutan dari rakyat negara jiran iaitu Indonesia.

Di laman TikTok, ramai tiktokers dari Indonesia yang memuat naik reaksi selepas mereka menonton beberapa episod series itu yang mana sosok Walid Muhammad yang diperankan oleh Faizal Hussein menjadi tumpuan.

Salah satu sebab mengapa Walid menjadi tumpuan adalah kerana dialognya yang hebat dan kebolehan wataknya untuk memanipulasi berjaya menawan hati penonton sambil mencetuskan pelbagai perdebatan di media sosial.

Salah satu adegan paling ikonik yang menjadi viral ialah apabila Walid meminta pengikutnya “tutup mata, bayangkan wajah Walid”. Petikan itu cepat tular dan menjadi meme dan parodi di platform popular seperti TikTok dan X.

@namanyajuag

Walid Ohh Walid, jangan coba2 nonton bidaah😭🤣 #bidaah #filmbidaah

♬ suara asli – CALLMEJUAG✨ – CALLMEJUAG✨

Siri Bidaah juga berani membangkitkan isu sensitif yang hampir dengan realiti masyarakat. Bermula dari aliran agama sesat, penyelewengan dari ajaran agama, kahwin paksa, hinggalah kepada manipulasi rohani.

Isu-isu ini menjadi tarikan kuat yang membuatkan penonton berasa terhubung dan berminat untuk mengikuti cerita tersebut. Keberanian siri itu membincangkan isu pantang larang yang jarang dibangkitkan secara terbuka turut mendapat pujian penonton.

Sinopsis Siri Bidaah

Siri Bidaah mengisahkan Baiduri Amira (Riena Diana), seorang wanita muda yang dipaksa oleh ibunya, Kalsum (Fazlina Ahmad Daud), untuk menyertai kumpulan agama bernama Jihad Ummah.

Bidaah
Walid Muhammad

Bagaimanapun, Baiduri tidak lama kemudian menyedari terdapat penyelewengan dalam ajaran kumpulan pimpinan Walid Muhammad (Faizal Hussein) khususnya amalan kahwin paksa dan taat membuta tuli.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila Hambali Saifullah (Fattah Amin), anak orang kepercayaan Walid, kembali dan mula meragui ajaran kumpulan itu.

Bersama Baiduri, Hambali bertekad untuk melindungi keluarga mereka daripada pengaruh sesat kumpulan itu dan cuba membongkar kebenaran di sebaliknya, walaupun nyawa mereka terancam.

Bidaah
Barisan Pelakon siri Bidaah

Selain nama di atas, siri Bidaah turut dibintangi oleh pelakon dan pelakon terkenal lain seperti Marissa Yasmin, Vanida Imran, dan Hasnul Rahmat.