Umum ketahui, anjing merupakan antara haiwan yang tidak diggalakkan untuk dipelihara oleh umat Islam jika tiada keperluan atau darurat dan dikategorikan sebagai najis mughallazah.
Dimana ianya najis berat yang perlu dicuci atau disertu dengan menggunakan air mutlak dan tanah sehingga hilang sifatnya (bau, rasa dan warnanya). Terbaharu, seorang pengguna Twitter @drimavet telah menjelaskan mengapa doktor haiwan tidak memakai sarung tangan ketika merawat anjing.
Just to clarify to those yang tanya, kenapa Doktor haiwan rawat anjing tak pakai gloves. I hope this will make you understand ❤️ pic.twitter.com/ooxK8249g8
— dr.ima_vet (@drimavet) March 26, 2022
Menerusi perkongsian tersebut, beliau menjelaskan bahawa penting untuk mendapatkan kepercayaan anjing dengan menggunakan sentuhan sebelum memulakan rawatan.
Bukan itu sahaja, pemeriksaan fizikal yang lebih teliti dapat dilakukan tanpa menggunakan sarung tangan kerana anjing haiwan berbulu dan prosedur ini juga digunapakai kepada haiwan lain.
Tambahnya lagi, sebagai seorang doktor haiwan yang beragama Islam, maka beliau akan sertu dengan 2 langkah mudah. Dr Ima hanya membersihkan anggota badan menggunakan air mutlak dan juga produk sertu yang mengandungi bahan diluluskan menggantikan tanah.
Beliau berharap dengan perkongsiannya ini dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai kerana masih ada yang suka menjatuhkan hukum bahawa pekerjaan sebagai doktor haiwan haram untuk muslim disebabkan menyentuh anjing.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.
Bapa Kecewa Hak Anak OKU Dinafikan Selepas Peniaga Minta Alih Kereta Untuk Buka Gerai
Tindakan Pemilik Myvi Guna ‘Steering Potong’ Berharga RM2,500 Undang Pelbagai Reaksi