Sudah menjadi lumrah apabila kereta dilanggar atau melanggar sesuatu, para pemandu atau penumpang akan terkejut dengan situasi yang berlaku.

Walau bagaimanapun, lain ceritanya pada kali ini apabila tular sebuah video TikTok @NajmanSwandi yang merakamkan detik rakannya melanggar kereta hadapan.

Apa yang membuatkan perkongsian video ini berbeza dengan video yang lain adalah ketenangan individu yang merakamkan video ini beserta nada suaranya yang seolah sangat bersahaja seolah tidak ada apa apa yang berlaku.

https://www.tiktok.com/@hzwann.__/video/7178201420858969371?_r=1&_t=8YGmheXFuS1&is_from_webapp=v1&item_id=7178201420858969371

Situasi yang berlaku sekaligus telah meraih perhatian para netizen yang turut terhibur serta kagum dengan gaya perakam yang sangat tenang menghadapi situasi yang berlaku. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu ini.

Setakat ini, video ringkas yang dikongsikan di TikTok ini telah meraih lebih 2.3 juta tontonan serta lebhi 3,700 komen daripada para netizen.