Berikutan rancangan Sesame Street telah menjadi identiti kepada New York, sebuah nama jalan di New York iaitu 63rd & Broadway telah ditukar menjadi Sesame Street sempena dengan ulang tahun Sesame Street ke-50.

Untuk pengetahuan anda, Sesame Street merupakan satu rancangan pendidikan kegemaran ramai warganet tidak kira lapisan umur dari kanak-kanak mahupun orang dewasa. Antara watak dalam rancangan tersebut yang sentiasa menghiburkan dalam penceritaan adalah Elmo, Big Bird, Cookie Monster dan ramai lagi.

Jika anda akan ke New York, jangan lepaskan peluang untuk ke jalan Sesame Street ini, manalah tahu dapat berjumpa dengan watak-watak kegemaran anda.

Sumber