Nama Jungle Girl bukan asing lagi di dalam media sosial apabila produknya mula mendapat sambutan di dalam masyarakat tempatan.
Menggunakan akaun @Jungle Girl di TikTok, sosok bernama Nur Rafidah Man, 26, wanita Orang Asli dari Suku Jahut ini dikatakan berani mengambil keputusan menjalani bengkel multimedia dan perniagaan digital anjuran guru pendidikan khas integrasi Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Kuala Krau dan kini mampu memiliki jumlah pengikut kira-kira 61,000 orang.
@kronisym185
Baru-baru ini, seorang pengguna X @faezcitizen telah berkongsi jumlah pendapatan yang berjaya diraih oleh figura wanita tersebut di mana mencecah jutaan ringgit menerusi penjualan produk minyak herba hasil buatannya sendiri.
Di dalam gambar dikongsikan, Jungle Girl mampu menjana pendapatan berjumlah RM1.02 juta dengan sebanyak 29.72K barangan jualan menerusi platform TikTok.
Lebih mengejutkan lagi, pendapatan jutaan ringgit boleh dicapai dalam masa seminggu sahaja.
Susulan perkongsian itu, orang ramai meluahkan rasa kagum dengan pencapaian jungle girl yang mampu menjana jutaan ringgit walaupun hanya menggunakan setup yang biasa berlatar belakangan bilik kosong atau beranda di rumah sahaja.
Selain meluahkan keterujaan, pelanggan yang sudah mencuba produknya yang bernama Minyak 1001 khasiat Jungle Girl mendedahkan ia sememangnya mujarab untuk melegakan pelbagai penyakit seperti kelesuan, pening kepala dan sebagainya.
Malah, ramai juga bersetuju jika kalau wanita ini mempunyai karakter yang peramah dan ikhlas sewaktu membuat live sekaligus menarik minat orang untuk menontonnya.
Kami dapati hasil pendapatan itu boleh dicapai dek kerana ramai orang yang menjadi affliate sekaligus merancakkan penjualan dengan lebih meluas.
Perkara ini terbukti selepas pengguna TikTok terutamanya boleh mendapati sejumlah live yang mempromosikan minyak herba keluaran Jungle Girl.
Bukan itu sahaja, difahamkan setiap rakan kongsi bakal menerima komisen setinggi RM15 bagi setiap produk yang dijual maka berebutlah orang ramai untuk turut menjualnya.
Jadi, boleh dikatakan semua orang boleh mengadaptasi dengan teknologi untuk memajukan ekonomi masing-masing walau sekalipun tinggal di pendalaman.