Setelah sekian lama kita mendengar keluhan peniaga yang mendakwa dicaj mahal untuk tapak bazar Ramadhan, pada tahun ini segalanya berubah selepas kerajaan masuk campur dalam perihal tersebut.
Sebuah akaun di X telah berkongsi satu bebenang berkenaan komen netizen tentang Bazar Ramadhan Kuala Lumpur pada tahun ini.
Difahamkan peniaga yang dapat tapak telah diwartakan agar penama untuk berada di lokasi bazar sewaktu berlangsung nanti dan pihak DBKL akan membuat pemantauan secara berkala.
Gerai bakal disita
Jika didapati tidak berada di dalam lokasi bakal berdepan sitaan gerai.
Penama yang cuba-cuba menjual tapak juga bakal dikenakan tindakan keras jika didapati bersalah.
Menariknya, untuk memastikan tapak tidak dipelopori oleh kroni atau kartel gerai yang sudah membayar staf DBKl untuk dapat tapak, Datuk Bandar sendiri akan buat cabutan undi live Facebook DBKL untuk tapak bazar.
Dulu kena caj RM10,000
Peniaga yang berkesempatan mendapat tapak meluahkan rasa bersyukur kerana hanya dikenakan RM500 tetapi masih ada trauma lagi kerana dulu dicaj tapak RM10,000 ke RM20,000 satu tapak.
Kini harga terus dari DBKL tampil lebih murah 40 kali ganda berbanding yang dahulunya.
Selain itu, difahamkan harga sebenar tapak adalah RM1,000 tetapi lagi RM500 telah ditaja oleh Bank Muamalat untuk kelengkapan kanopi dan sebagainya.
Mahu makanan berkualiti dan murah
Susulan sudah mendapat harga tapak yang cukup murah, netizen titipkan pesanan agar para peniga Bazar Ramadhan terutamanya di Kuala Lumpur untuk menjaga kualiti makanan, kebersihan, sedap, sihat dan paling utama murah dan berpatutan.
Dalam pada itu, netizen juga bersedia melancarkan boikot terhadap peniaga yang cuba mengenakan caj makanan atau minuman dengan harga tidak masuk akal.