Sebelum ini, kontroversi yang melibatkan Shila Amzah bersama keluarga menjadi bualan ramai apabila Shila didakwa menghalau keluarganya keluar dari rumah banglo pusaka.
Terbaharu, Shila tampil memuat naik sebuah video di TikTok miliknya memaparkan tour di banglo tersebut yang terletak di Hulu Langat.
Baca Juga:
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
@shilaamzahofficial Bungalow tour ❤️ Sha doakan semua dapat mengecapi bahagia yang kalian ingin kan ❤️ #bungalow
Menurutnya, rumah banglo itu telah dikosongkan dan kini dalam proses pembersihan sebelum ia sedia untuk dijual. Difahamkan, rumah banglo dua tingkat itu mempunyai 12 bilik tidur dan rata-ratanya mempunyai bilik air sendiri.
“Saya lagi memilih untuk menetap di rumah bersaiz lebih kecil sebab kediaman yang besar susah untuk dijaga.
“Kemudian apabila setiap ahli keluarga memiliki ada ruang sendiri, hubungan pun akan jadi renggang.” ujar Shila.
Perkongsian video terbabit telah meraih perhatian orang dan rata-rata netizen faham keputusan diambil Shila untuk menjual rumah tersebut.
Malah, rumah itu juga memerlukan penjagaan yang tinggi dan sukar dibersihkan jika tiada pembantu serta mengatakan bahawa Shila mengambil keputusan yang tepat menjual ia.