Shila Hamzah berkongsi bahawa anak lelakinya, Seth Uwais mengidap autisme tahap satu.
Seth Uwais merupakan anak hasil daripada perkahwinan terdahulu Shila Amzah dengan Haris Edraki.
Shila Amzah bersyukur kerana berjaya mengetahui keadaan sebenar kesihatan anaknya.
Sebelum ini Shila Amzah mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan kelakuan anaknya. Lalu dia memutuskan untuk menghantar anaknya untuk pemeriksaan doktor.
Dan ternyata doktor mengesahkan bahawa Seth Uwais ada autisme tahap 1.
Dipetik daripada Mstar, Shila Amzah berkata: “Saya baru sahaja balik dari hospital, dan Seth didiagnosis autisme tahap satu.
“Alhamdulillah, saya memang dah lama rasa ada sesuatu, sama ada autisme atau ADHD.”
Penyanyi itu mendapat sokongan daripada peminatnya di ruangan komen. Dan Shila Amzah menyatakan bahawa dia yakin akan mampu untuk mendidik dan membesarkan Seth sesuai dengan cara membesarkan kanak kanak autistik.
“Bila dah sah, senang la kita nak tahu apa yang kita boleh buat dan sebaliknya. Doakan Seth boleh membesar dan belajar dengan baik,” tegas Shila Amzah yang turut menyatakan anaknya itu akan bersekolah di sekolah khas selepas ini – sepertimana yang disarankan oleh doktor.
Shila Amzah kemudian berkongsi video pertama dia dan Seth menjalani kehidupan selepas disahkan anaknya itu ada autisme.
Sebagai tambahan, Shila Amzah baru baru ini selamat melahirkan seorang lagi anak bersama suaminya Ubai, pada 9 Mei lalu.