Shin Tae Yong menjelaskan kenapa Indonesia menggunakan majoriti pemain daripada skuad B-22 mereka untuk kejohanan Piala AFF 2024.

Shin Tae  Yong menjelaskan bahawa dia tidak dapat memanggil semua pemain senior atau pasukan terkuatnya, kerana kekangan pada kalendar FIFA.

Ramai pemain masih terikat dengan jadual padat liga utama terutama sekali pemain yang bermarkas di Eropah.

Seterusnya beberapa pasukan utama di Liga Indonesia sendiri keberatan untuk melepaskan pemain mereka. Shin Tae Yong akur dengannya kerana kejohanan ini tiada dalam kalendar FIFA.

Menurut jurulatih itu: “Ini kerana Piala AFF ini tiada dalam kejohanan di bawah kalendar FIFA.

“Oleh sebab itu kami tidak dapat mengumpulkan semua pemain senior kami.

“Seperti yang saya jelaskan tadi, kejohanan ini digunakan untuk persiapan skuad bagi Piala Asia B-23 dan Sukan SEA 2025.

“Oleh sebab itu saya sengaja memecahkan pasukan ini kepada dua kumpulan.

“Berkenaan dengan Asnawi Mangkualam, Rafael Struick dan Ronaldo Kwateh, tidak pasti sama ada mereka boleh bermain menentang Myanmar. Bergantung kepada tahap kecergasan mereka.

Indonesia masih berusaha memburu kejuaraan Piala AFF pertama dalam sejarah negara itu.

Pada ketika ini bola sepak Indonesia benar benar berada di tahap terbaik mereka berbanding dengan negara ASEAN yang lain.

Garuda masih bersaing  dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026. Dan sudah beberapa kali melakar kejutan.

Walaupun bersaing di Piala AFF dengan barisan pemain muda, Shin Tae Yong tetap optimis dengan peluang Indonesia untuk bersaing merebut kejuaraan.

Dia menambah: “Peluang itu ada dan kami yakin. Pasukan lain mungkin lebih kuat namun kami sudah mempersiapkan diri kami.”