Ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong nampaknya komited untuk membangunkan bola sepak negara itu di mana baru-baru ini beliau membuka satu akademi di Jakarta.
Pembukaan akademi tersebut diumumkan oleh Tae-yong menerusi laman media sosial Instagram miliknya yang mana akademi itu dipanggil sebagai Shin Tae-yong Football Academy.
Baca Juga:
- Ong Kim Swee Bakal Bimbing Kelab Indonesia?
- Ranking FIFA: Indonesia Kembali Pintas Malaysia
- Netizen Indonesia Berang Peminat Man United ‘Claim’ Marselino Ferdinan Asal Dari Malaysia
🚨BREAKING : Coach Shin Tae Yong membuka Academy Sepak Bola di Indonesia. 🫡👏
semoga bisa melahirkan bibit bibit untuk masa depan Timnas indonesia👏🔥
sementara yang nyuruh mundur hanya berbicara tanpa aksi nyata😤 pic.twitter.com/Igg6L656ub
— heulaaluhe (@aingriwehuy) November 23, 2024
🇮🇩 Indonesia’s national team head coach, Shin Tae-yong, has officially opened the Shin Tae-yong Football Academy (SSB) in South Jakarta. The announcement was made via his Instagram .
The academy is spearheaded by Shin Tae-yong as the founder, alongside a dedicated team from… pic.twitter.com/r1KThI4Kaf
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) November 23, 2024
Pengendali berusia 54 tahun itu memegang jawatan sebagai pengasas sambil dibantu oleh beberapa orang seperti Lee Jun-hoon sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Kim Jae-hee sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).
Pembukaan akademi ini mendapat sambutan dari rakyat negara itu yang mana mereka berharap akademi tersebut dapat menghasilkan pemain yang berkualiti tinggi sekaligus menyumbang buat skuad kebangsaan Indonesia.
Akademi Tae-yong ini terbuka untuk pemain seawal usia 6 tahun hingga 20 tahun yang mana beliau menekankan empat elemen penting yang bakal diajarkan kepada para pemain.
Antara elemen yang bakal diajarkan kepada pemain ialah asas mengenai bola sepak, pelaksanaan, pembangunan dan persiapan untuk menceburi kancah profesional.
Sejak berada di bawah kendalian jurulatih dari Korea itu, Indonesia menampilkan prestasi yang cukup memberangsangkan baik di peringkat senior mahupun bawah umur.
Skuad Garuda menjadi satu-satunya wakil dari Asia Tenggara yang beraksi dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026 yang sedang berjalan ketika ini.
Indonesia menghuni tangga ke-3 dalam kumpulan C selepas berjaya menewaskan Arab Saudi dengan keputusan 2-0 baru-baru ini.