Menempah hotel untuk membuat kejutan kepada pasangan mungkin sesuatu yang biasa. Namun, lain ceritanya dengan pasangan ini yang menempah hotel bertemakan Hello Kitty buat suaminya.
Lebih epik, kejutan ini cuma diketahui suaminya selepas mulaiĀ check-in di bilik yang ditempah. Perkongsian Twitter mangsa iaitu suaminya @amymedusa turut mendapat perhatian warganet setelah menerima lebih 20,000 retweet.
Melihat kepada jumlah perkongsian yang mendapat ramai, beliau turut menukar nama tweet handle beliau kepada Amy Kitty buat sementara waktu. Berikut merupakan perkongsian beliau mengenai hotel yang bertemakan Hello Kitty ini.



Untuk pengetahuan anda, hotel bertemakan Hello Kitty ini bertempat di Fantasy Hotel, Melaka. Sekiranya anda merupakan peminat Hello Kitty atau mahu turut suprise pasangan anda, mungkin ini tempatnya.