Setiap kali berlaku kemalangan, sudah pasti pihak-pihak yang terlibat dalam kemalangan akan bertikam lidah sehinggakan ada yang sanggup menggunakan kekerasan dalam ‘menyelesaikan’ isu yang berlaku.

Baru-baru ini seorang pengguna jalan raya berkongsi rakaman video bagaimana dia menyelesaikan isu kemalangan tanpa melibatkan sebarang ‘pertikaman lidah’ antaranya dengan seorang lagi pemandu wanita.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →
@_shuhadamohamad

“This is why maintenance is very important. Not just with cars, but with everything in life.” #accidentally #lessonlearned

♬ Sad songs of piano and strings – hidekazu

Menurut pemilik rakaman video ini, dia tidak sengaja terlanggar sebuah kereta di hadapannya. Dia keluar dari keretanya dengan penuh perasaan berdebar kerana takut akan dimarahi oleh pemandu kereta hadapan.

Namun perkara sebaliknya berlaku apabila wanita tersebut langsung tidak marah kepada dia, bahkan wanita itu siap menenangkan dirinya dengan menyatakan kemalangan tersebut kecil sahaja.

Lebih menarik perhatian ramai, apabila pemandu wanita tersebut mengajak pemilik rakaman video ini untuk ‘selfie’ bersama-sama sebelum mereka berdua masuk ke dalam kereta masing-masing dan meninggalkan tempat kejadian.

Sumber Gambar: TikTok @_shuhadamohamad
Sumber Gambar: TikTok @_shuhadamohamad
Sumber Gambar: TikTok @_shuhadamohamad
Sumber Gambar: TikTok @_shuhadamohamad
Sumber Gambar: TikTok @_shuhadamohamad

Perkongsian rakaman video itu telah mendapat perhatian pengguna media sosial yang memuji sifat dan akhlak baik ditunjukkan oleh kedua-dua pihak dalam menyelesaikan insiden kemalangan yang berlaku itu.

Rata-rata berkongsi pengalaman mereka sendiri yang pernah berhadapan dengan situasi kemalangan seperti ini. Mereka tidak sengaja langgar atau dilanggar kereta orang lain, tetapi kedua-dua pihak saling memaafkan antara satu sama lain dan menganggap kes itu selesai.

Semoga orang ramai dalam belajar sesuatu daripada insiden ini dan dapat mengawal perasaan apabila ditimpa musibah kemalangan, lebih-lebih lagi ia berpunca daripada pihak lain.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Dalam satu kejadian kemalangan lain, seorang pemandu van dibelasah sehingga terbaring selepas didakwa tidak sengaja melanggar Proton Saga di hadapannya. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Salah Guna ‘Buah Silat’, Lelaki Belasah Pemandu Van Sehingga Terbaring

Netizen Dakwa Pemilik Ford Mustang Sengaja Berhenti Di Tengah Jalan Demi Konten

Brek Angin Lori ‘Bermasalah’ Didakwa Jadi Punca Kereta Mewah Rolls-Royce Tersepit

Sumber